Artikel Terkini

Dashboard

KEMASKINI 11-06-2008

Pembelian nama domain yang baru dibekukan!

Renew domain sedia ada berjalan seperti biasa. Tunggu email pemberitahuan untuk renew dari pihak Wizurai & Co.

Harap maklum.

Anak Halal

Maya Karin dalam Anak Halal

Buat pertama kalinya, aku menonton wayang di GSC yang baru dibuka di Pavilion. Asalnya memang aku bercadang nak menonton Anak Halal tapi arini agak banyak jugak filem menarik dari luar negara. Memandangkan Osman Ali yang mengarahkan Anak Halal, aku tolak filem lain arini dan mungkin filem-filem tu boleh di beli di pasar malam.

Anak Halal memang filem yang bagus. Walaupun temanya sudah biasa di kaca TV, tentang isu dadah, anak-anak liar di kota metropolis ni, tapi lakonan mantap oleh Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha serta keruk yang memang sinonim lakonan Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi dan beberapa lagi pelakon seperti Rosyam Nor menjadikan filem ni wajib di tonton.

Aku suka antara aksi stunt dalam filem ni. Juga aku jeles bila gadis-gadis liar dalam filem ni di kalangan mereka yang cun. Cuma scene di gerai burger bawah fly-over (mungkin lebuhraya bertingkat Ampang) kurang meyakinkan, balik-balik muka yang sama lepak di situ dan tak nampak pulak orang yang datang beli burger.

Sebab dadah, ramai orang mati. Dari penagih, anak orang atasan, sahabat mahupun abang boleh mati. Dengan dadah, ikatan adik-beradik, kawan-sahabat, anak-bapak boleh putus. Isu yang belum berkesudahan. Keruk berkuasa bila ada pistol, kalau lawan jantan sama jantan, belum tentu keruk menang, biasalah - hero mana boleh kalah.

Oh ya, versi terkini WordPress 2.3.2 dah keluar. Aku versi 2.3.1 belum upgrade pun.

Nufflets - Media pengiklanan ke-4

Nufflets

Nufflets akhirnya telah pun dilancarkan baru-baru ini. Selepas Nuffnang, Advertlets dan GrabMyAds, Nufflets muncul sebagai media pengiklanan Malaysia yang keempat untuk blogger.

Pendaftaran telah pun dibuka. Mereka juga menawarkan USD15 untuk pendaftaran dengan Nufflets. Jadi, apa kata korang cuba yang ni pulak?