15 Mar 2008
Isu Semasa
46 Comments

Wow, Maybank telah pun mengeluarkan debit cardnya iaitu Maybankard Visa Debit. Mau lawan Public Bank punya Visa debit card jugak? Apapun, ini satu pilihan yang menarik sebab setiap pendaftaran akaun simpanan atau semasa yang baru secara automatik akan dapat kad ini yang berfungsi juga sebagai kad ATM.
Yang pasti, dengan adanya kad ini, pengguna internet yang selalu buat belian online tidak perlu risau lagi jika tidak ada credit card sebab Maybankard ini boleh menjadi pengganti untuk membeli-belah secara online.
Bagi pemegang kad ATM sedia ada, boleh tukarkan kad anda di cawangan Maybank dengan bayaran RM12. Aku jugak bercadang nak dapatkan kad tersebut minggu ini. Mungkin pengguna PayPal boleh verified akaun mereka dengan kad ini.
12 Mar 2008
Isu Semasa
4 Comments
Seperti yang diketahui umum, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor terlepas dari pimpinan BN dalam PRU 12 Sabtu lepas. Ini bermakna, keempat-empat negeri berkenaan akan dipimpin oleh sebuah kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas - walaupun Presiden Pas sebelum ni berkata yang Pas takkan buat pakatan bersama DAP, tapi selepas tsunami politik tempoh hari, kata-kata itu seperti di tarik balik.
Maklumlah, bila pakatan alternatif ini berjaya menawan beberapa negeri tanpa diduga, mereka boleh pulak duduk semeja untuk berkongsi kuasa. Maklumlah, masing-masing kepingin nak ada wakil yang pegang jawatan MB. Walaupun Pas memenangi kerusi DUN paling sikit berbanding DAP dan PKR di Perak, pihak Pas telah mencadangkan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak.
Tentulah DAP yang memenangi kerusi paling banyak tak suka bukan? Padahal dalam peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di semua negeri beraja Melayu menyatakan bahawa, MB mestilah dikalangan Melayu dan beragama Islam. Apa DAP ( yang merupakan serpihan PAP - yang di asaskan oleh Lee Kuan Yew) masih tak faham atau buat-buat tak faham? Sehingga Lim Kit Siang memulau untuk tidak datang ke majlis angkat sumpah MB Perak? Petanda pakatan alternatif sememangnya tak pernah ngam (tapi buat-buat kononnya ngam)?
Pautan menarik:-
Kit Siang bantah Nizar sebagai MB Perak
Khalid angkat sumpah MB Selangor esok
Maimun hilang deposit, diserbu syarikat penyiaran
12 Mar 2008
Wizurai & Co.
0 Comments
Hai, pihak Wizurai dot Com nak bagitau yang promosi harga domain RM28 untuk tahun pertama sudah tamat. Harga pendaftaran domain untuk tahun pertama adalah RM30 saja.
Banner merah bersaiz 165×240 terpaksa diturunkan (mengikut trend parti-parti bertanding perlu buat selepas PRU). Banner baru akan di naikkan kemudian. Jika ada pihak yang ingin tolong buat banner tersebut, amat-amat dialukan… email dulu sebelum merajinkan diri. Sebagai ganjaran, iklan percuma di sidebar dengan banner bersaiz 250×250 akan diberikan selama 1 bulan.
Sekian.