Artikel Terkini

Dr. Khir, mari buat custom domain

Seperti yang ramai sedia maklum, Dr. Khir Toyo telahpun ada blognya sendiri selepas dia tidak lagi menjadi MB Selangor. Lebih banyak masa untuk membaca dan melayari internet, katanya.

Masa pertama kali aku ke blog beliau, beliau menggunakan URL drkhir.blogspot.com. Tapi, tadi ketika aku menjenguk semula ke blog beliau, beliau telah pun mempunyai domain sendiri iaitu drkhir.com. Sayangnya bila kita menggunakan drkhir.com, URL secara automatik akan redirect ke drkhir.blogspot.com. Sedangkan bila dah ada domain sendiri, kita boleh aje buat custom domain dalam akaun blogspot.

Lihat saja contoh ini, mohdhafifi.blogspot.com telah pun menjadi mohdhafifi.com. Jadi, lebih pendek dan macho bukan? Ayuh penasihat IT Dr. Khir, buatlah custom domain! Tak susah mana pun.

UPDATE: Dah buat pun custom domain!

Fast Update #6

Minggu ini sekitar KL ada dua aktiviti yang menarik untuk dikunjungi.

1. Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2008 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 27th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.

Opening Hours

Date: 4th - 13th April 2008
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Website: www.klbookfair.com

2. Hari Kraf Kebangsaan 2008

Lokasi: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay KUala Lumpur
Tarikh: 27 Mac hingga 7 April 2007
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Website: www.kraftangan.gov.my

Sampah komuniti

Saat aku berada di kafeteria Kolej Canselor UPM, aku terpandang 1 poster kecik di situ. Dari logonya aku rasa aku pernah lihat - Sampah Society. Bulan lepas rasanya, aku pernah sembang dengan ceghap di YM, salah sorang yang menganggotai komuniti Sampah, juga individu yang membangunkan website Hujan.org.

Jadi aku ambik peluang ni untuk masukkan artikel tentang Sampah Society yang pernah menganjurkan show check-check rock-rock Hujan di Pulau Pinang suatu ketika dulu. Tagline diorang - Peneraju Sikap Sampah, Minda Cerdik dan Inovasi Karya Tempatan. Menurut saudara ceghap juga, komuniti Sampah juga influence dari geng Rantai

Teruskan membaca

Page 7 of 41«3456789101112»...Last »