20 Jun 2008
Kewangan
3 Comments

Biasanya selepas kita hantar Rancangan Perniagaan (RP) ke mana-mana institusi berkaitan, duit akan masuk lebih kurang 3 bulan. Itu pun kalau RP kita diluluskan.
Memandangkan 3 bulan bukanlah tempoh yang pendek, bukannya 3 hari… ini bermakna kos aset tidak mahu tidak dijamin SIRIM mesti naik punya. Camtu jugak dalam kes aku, harga barang untuk furniture macam kerusi-meja mesti naik. Sehari sebelum harga minyak naik RM0.78 aritu, kilang dah naikkan harga sebanyak 24%. Bila harga minyak dah naik, mestilah harga aset-aset berkenaan naik juga.
Jadi aku berpendapat, kalau dalam bahagian financial RP ni, jika kos aset adalah RM20,000 jadi tambahlah siap-siap 10%. Ini bermakna jadikan kos berkenaan sebanyak RM22,000. Seperti sedia maklum, RP nak lulus bukanlah seminggu dua. Nak sign agreement lagi, baru duit masuk. Jadi fikir-fikir jugak kos barang yang sentiasa naik!
6 Jun 2008
Wizurai & Co.
19 Comments

Lepas dua tahun aku daftar AdSense, baru dapat $100 yang pertama. Lebih-lebih lagi aku tak update blog berbahasa Inggeris berkenaan! Tapi sekurang-kurangnya, untuk keadaan harga barang yang terus naik (domain provider pun naikkan harga tau!), ditambah aku pulak masih dalam lagi freelancer (ada 1 job akaun pelanggan yang belum siap!) wang lebih kurang RM320++ tersebut amatlah bermakna sekali!
19 May 2008
Wizurai & Co.
18 Comments
Temuduga dengan PUNB untuk bisnes sudah dibuat. Nampak positif aje. Maklumlah, aku bukan buat cadangan yang pelik. Cuma idea biasa iaitu sebuah kiosk kafe konsep dalam sebuah IPT. Kalau ikutkan idea yang mahu bikin grand, mahu saja aku buat macam Starbucks versi IPT. Tapi kekangan dari segi modal dan lebih-lebih lagi lokasi yang betul-betul strategik dalam IPT, agak sukar idea tu direalisasikan buat permulaan.
Lepas temuduga tempoh hari, pegawai tu suruh aku cari supplier untuk kafe konsep aku… jangan tangguh hingga dah nak bukak baru cari. Kena start cari dari sekarang.?Jadi, sehari selepas temuduga aku dan partner pergi menampal iklan “Kami mencari pembekal makanan untuk sebuah kafe di…”. Tak sangka pulak, ramai betul yang menelefon dan berminat. Ada jugak yang tanya, “Kenapa tak buat sendiri? Lagi untung…” atau “Buatlah sendiri, sewa kat situ mahal kan?“. Owhh, bukan tak mau buat, tapi background aku lebih kepada management (aku akan buat sendiri step by step). Aku bukanlah tukang masak dan tak pernah masak kecuali megi atau telur goreng!
Teruskan membaca