Artikel Terkini

Panduan WordPress oleh Amanz

Sebenarnya aku nyaris-nyaris delete email yg dihantar Amanz sebab email dia berada ditengah-tengah kelompak spam dalam Yahoo! Mail aku. Nasib baik aku perhati dulu setiap subject sebelum  di tick sebagai spam.

Okeh! Sebelum ni, Amanz dah war-warkan yg dia akan launch ebook dalam blog dia (sekarang ni musim orang buat ebook selain buat blog). Dan dalam fikiran aku, mungkin ebook yg Amanz akan hasilkan tak setebal mana dan simple aje memandangkan ni ebook dia pertama dari dia selama aku kenal melalui blog dia, Amanz.Net (betulkan aku kalau dia pernah ada ebook lain sebelum ni). Dan nyata sekali, sangkaan aku meleset sama sekali.

Panduan WordPress dari Amanz ni setebal 35 muka surat termasuk kulit depan dia. Kalau lihat cover aje, bagi aku dah cukup menarik walaupun untuk versi 1.0 ni belum di 3D lagi seperti mana usahawan internet lain buat dalam bentuk 3D dengan hasil yg kelihatan seolah-olah buku, box dan sebagainya.

Dengan tajuknya Panduan WordPress, ebook ni sebahagian besarnya memang berkaitan WordPress. Sangat sesuai dibaca oleh newbie yg nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni atau blogger sedia ada yg teringin nak bertukar dari CMS lain kepada sistem WordPress. Dalam ebook ni, Amanz menyusun kandungannya dengan meletakkan Panel Admin untuk di explore bermula dari Dashboard,  Write, Manage dan seterusnya. Pembaca tidak perlu risau sebab ebook ni mempunyai banyak gambar yang dimuatkan dalam setiap section penerangan.

Selain berkaitan dengan WordPress, pada permulaan ebook ni Amanz menerangkan serba sikit berkaitan dengan FTP, hosting dan domain sebelum ke section memasang WordPress ke dalam hosting masing-masing. Di hujung ebook, tips berkaitan camne nak tarik pengunjung dan camne nak buat duit dengan blog turut diselitkan.

Secara peribadi, ebook Panduan WordPress ni memang berbaloi untuk dibaca lebih-lebih lagi kepada newbie. Lagipun, ianya free!!! Last but not least, selalunya buku ada isi kandungan di awal buku tapi maybe Amanz lupa nak buat isi kandungan untuk ebook ni.

Panduan WordPress

One Utama dan Casino Royale

Semalam, aku dan classmate lama yg kenal dari Teknik Setapak keluar pergi 1 Utama. Sebetulnya, kalau setakat aku, Man dan Fadhil memang selalu jugak berjumpa sebelum ni. Cuma Noreen aje yg jarang jumpa sebab dia terus sambung dia punya study kat UUM dalam business admin, minor TESL. Hem, dia bakal jadi cikgu English la pasni. Masa memula jumpa si Noreen ni yg rumah dia se’taman’ dengan rumah aku, dia ada cakap… “Tak sangka pulak aku yg jadi cikgu… dulu Ika yg bersungguh-sungguh nak jadi cikgu…”

Lepas kitorang bertiga (kecuali Noreen) makan cakoi dekat taman permainan betul-betul depan rumah Noreen, kitorang bergerak ke 1 Utama. Rancangan asal aku dengan Man nak ke PIKOM PC Fair, tapi bila dah jumpa si Noreen ni dia pulak bagi idea pergi 1 Utama. So, tahun ni memang tak pergi PC Fair le jawabnya.

Kat sana, bebudak ni nak tengok wayang kat GSC. Diorang nak tengok filem yang tak bosan sangat dan tak jiwang sangat. Takkan nak tengok filem CINTA dengan member-member, lain le tengok dengan awek… kata Man. Akhirnya, beli la tiket filem James Bond tu walaupun filem tu dah lama kat panggung dan VCD/DVD pirated pun dah berlambak kat pasar malam. Walaupun filem ni dah lama main, tapi tiket memang sold-out. Gile la!!! Beratur pukul 6.30 tapi dapat beli untuk show pukul 9.00 malam. Tu pun dapat seat 2 dari depan.

Casino Royale

Well, walaupun tengok dari 2 barisan depan, Casino Royale ni takdelah bosan sangat. Tak bayak sangat teknologi dia nak tunjuk macam versi sebelum ni. Aksi-aksi pun banyak jugak walaupun hero macam tak macho. Dan, nak nampak real sikit (walaupun tak real), filem ni nak tunjuk yang Bond pun manusia biasa jugak, tak terel pun. Masa aksi kejar-mengejar dengan penjahat kat atas kren, Bond ni tak cekap mana pun, nyaris-nyaris jugak nak jatuh. Kehebatan teknologi tak terserlah sangat, sebab kereta dia sekali guna dah bersepai gara-gara nak mengelak dari langgar gadis Bond.

Balik dari 1 Utama, singgah makan kat NZ Wangsa Maju. Ramai le bebudak, mentang-mentang le malam minggu… so, sempat le tengok aksi Liverpool menang 4-0. Pukul 1.30 kitorang (oh ya, Noreen dah dihantar balik… tak elok anak dara orang balik lambat… hohoho) blah dari NZ. Fadhil nak layan tengok MU kat rumah dan aku nak layan tido kat rumah jugak.

KL International Buskers’ Malaysia

Bermula 2 hingga 10 Disember ni akan di adakan Festival Seniman Jalanan atau nama rasminya KL International Buskers’ Malaysia kat Kuala Lumpur. Festival selama 9 hari ni membariskan ramai seniman jalanan dari dalam nak luar negara yang akan turut membuat persembahan masing-masing.

The festival will open with a Grand Buskers’ Parade happening at the Dataran Merdeka on 2nd December. Following this, the buskers will perform at Central Market, KL Tower, Bintang Walk and One Utama from 5:30pm – 10:30pm daily. They can also be spotted at the Asian Heritage Row and Jalan P. Ramlee, adding laughter and mayhem to the infamous KL night life during the Buskers’ Late Nite Madness, taking place on 8th and 9th December from 12:00 midnight to 3:00 am.

Jadi, sesiapa yang ada kelapangan, bolehlah datang. Untuk maklumat lanjut korang usha le website rasmi KL International Buskers’ Malaysia.

Buskers' Malaysia