Artikel Terkini

Fast Update #7

Untuk bulan 7 punya entri yang satu ni. Aku maklumkan yang aku dah pun buka kafe sendiri di sebuah IPT. Ohh, aku kelewatan sehari dari tarikh budak masuk belajar, jadi 8/7 aku bukak jugak walaupun belum sedia sepenuhnya!

Bulan ni jugak, aku dah menyewa sebuah bilik sendiri. RM170 untuk hidup membujang dengan sebuah bilik. First time duduk rumah bujang, susah ye nak jumpa rumah bujang lelaki yang bersih! Oh ya, housemate sendiri pun aku belum tau nama mereka sebab selalunya akulah yang keluar paling awal dan balik paling lambat. Aku keluar 7.15 pagi ada yang belum keluar dari bilik a.k.a tidur lagi dan aku balik pukul 11 malam time masing-masing sedang bergolek-golek di atas tilam.

Sejak 3 minggu aku buka kedai ni, 3 kali jugak ada bangkai kucing tepi kedai aku. Kes black magic apa?

Bulan pertama ni, aku tak sempat untuk online selalu. Owh, aku nak langgan Celcom Broadband lah!

Starbucks beroperasi di IPTA?

Akhbar semalam melaporkan cadangan untuk membawa masuk kafe francais seperti Starbucks, Dunkin Donut dan Kopitiam ke dalam IPTA. Ohh!

Sebelum ni dalam entry rancangan perniagaan aku, aku ada bagitau yang aku nak buka kafe konsep ala Starbucks dalam IPT. Oh, kini pihak Kementerian Pengajian Tinggi mahu kafe francais ini masuk ke dalam IPTA dengan syarat menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelajar!

Aku rasa, tidak perlulah kafe francais yang glamer camni masuk kerana segelas air pun kurang-kurang RM5. Apa yang perlu, cari pihak yang boleh bikin kafe yang selesa, dilengkapi Wi-Fi dan makanan serta minuman yang harganya berpatutan. Jadi, matlamat nak sediakan kemudahan Wi-Fi dapat dilaksanakan dan pelajar boleh membuat discussion atau mencari bahan seperti jurnal akademik dengan mudah.

*Ohh, aku sedang update blog dari Kafe aku. Sini ada Wi-Fi percuma yang disediakan pihak IPT.

Domain .my percuma

TL.MY ataupun nama lainnya Top Links.my merupakan antara beberapa laman web di dunia yang memberi perkhidmatan percuma subdomain percuma berasaskan doman tl.my. Laman web ini hadir pada waktu yang sesuai tatkala Malaysia semakin ramai pengguna blog dan free hosting tumbuh seperti cendawan selepas hujan.:)

Apakah yang dimaksudkan dengan TL.MY?
Laman web ini berfungsi untuk menukar nama blog anda yang panjang kepada nama-anda.tl.my ataupun www.nama-anda.tl.my

Contoh:
freewebs.com/selipar/index.html = selipar.tl.my
wizurai.blogspot.com = wizurai.tl.my

TL.MY juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri tambahan seperti cloaking dan redirection domain.

Laman web ini berfungsi untuk sekadar memberi anda mendapatkan domain tl.my secara percuma bukan untuk menjadi host laman web anda. Laman web anda masih boleh diakses menggunakan URL lama tetapi TL.MY menawarkan menggunakan domain TL.MY secara percuma dan boleh digunakan dengan “www.” dan juga tanpa “www.” Kelebihan TL.MY juga membolehkan anda lebih mudah mengingati dan memasuki website anda. Selain itu juga,suatu kelebihan mengguna TL.MY ialah peluang untuk disenaraikan di Yahoo dan Google tanpa perlu bersusah-payah. Anda cuma perlu guna domain TL.MY anda secara berterusan dan dipromote untuk dijumpai oleh robot-robot dan spider Yahoo dan Google.

Sebagai contohnya www.pijimr.tl.my yang digunakan oleh penggunanya untuk profile Friendster disenaraikan dalam Google. Anda boleh test Google “pijimr” dan boleh didapati dalam result Google. Antara contoh lain seperti Google.tl.my diforwardkan ke Google.com dan Yahoo.tl.my = Yahoo.com Jadi TL.MY tidak ubah seperti domain biasa cuma ianya boleh diregister percuma.

Jika anda sebarang masalah untuk mendaftar bolehlah rujuk di Blog Admin TL.MY Selamat mengguna TL.MY dan jika berkesempatan silalah beri comment di sini nama yang telah anda register.

Page 4 of 41«12345678910»...Last »