12 Dec 2006
Filem, Wizurai & Co.
4 Comments
Macam yg dah aku duga, filem Cicak-Man memang boleh cari makan. Lagipun ia filem genre superhero komedi, so budak-budak sure suka punya. Kena pulak time Cicak-Man tayang jatuh pada musim cuti sekolah.
Bisik-bisik Awang Selamat
AWANG cukup bangga apabila Cicak-Man mencatat rekod baru dalam industri perfileman tempatan apabila mengutip RM1.15 juta hasil tiket dalam tiga hari pertama tayangan – menghampiri kos pembikinannya RM1.7 juta.
Ia menyerlahkan trend positif filem Malaysia dengan mengambil kira filem Nana Tanjung turut mencatatkan RM1.2 juta dalam empat hari.
Khabarnya, orang bukan Melayu bersama-sama memenuhi panggung-panggung wayang untuk menonton filem Melayu itu. Filem James Bond yang sedang ditayangkan di negara ini gagal ‘menenggelamkan’ Cicak-Man.
Awang tambah gembira mendengar khabar filem superhero itu akan ke Indonesia, yang kita semua tahu filem-filemnya juga hebat.
Apa yang dicapai oleh Cicak-Man itu, antara lain, membuktikan filem-filem tempatan ada tempat di negara sendiri. Malah mereka boleh bersaing dengan filem import.
Cicak-Man mahupun Nana Tanjung sudah pasti telah menyediakan ramuan yang betul dan menyelerakan orang ramai. Kepada penerbitnya, Norman dan rakan-rakan, syabas!
Sumber: Utusan Malaysia
So, korang dah tengok ke belum ni???
11 Dec 2006
Website, Wizurai & Co.
3 Comments
Masa tengah bosan-bosan surf tadi, aku jumpa website ni, PikiPimp. Dalam website ni, korang boleh upload gambar korang, kemudian tambah le aksesori ke, letak rambut palsu ke, tattoo kat tangan ke atau sebagainya. Yang takde kerja atau nak perdajal gambar orang yg korang tak suka bolehlah…Â

So, tadi au tengah bosan aku buat le gambar Bush jadi camni… sebab si Bush ni jahat, memang le padan ngan muka dia aku buat camni. Takdelah cun mana pun, just amik seminit dua sebelum aku nak masuk ofis jap lagi.
 
7 Dec 2006
Filem, Wizurai & Co.
7 Comments
Arini ponteng kerja. Sebabnya arini bukan hari yg biasa. Hepi besday untuk diri sendiri!!! Dah 24 tahun bernafas di alam ni. Hem, aku dengan si dia arini ke Times Square. Jalan-jalan and then tengok filem Cicak-Man.
Sinopsis:
Filem Cicak-Man mengisahkan tentang Hairi dan Danny yg bekerja di sebuah makmal Klon Technologies kepunyaan Profesor Klon. Suatu hari Hairi melepaskan seeokor cicak yg menjalani uji kaji vaksin terbaru yg telah termasuk ke dalam minumannya.
Pada suatu masa yg sama kota Metrofulus telah dilanda satu virus menyebabkan Profesor Klon tampil dengan vaksin keluarannya. Hairi dan Danny mengesyaki ada dalang dalam Klon Technologies yg telah menyebarkan virus tersebut. Bagi mendapatkan kepastian dua sahabat itu telah menyelinap masuk ke dlam bilik Profesor Klon dengan menggunakan pas kerja setiausahanya, Tania.
Dalam pada itu, Hairi mula merasakan perubahan dirinya dengan bersifat seperti seekor cicak dengan mengeluarkan bunyi yg aneh. Namun di sebalik keanehan itu, Hairi mendapati dirinya mempunyai kebolehan menakjubkan apabila dia mampu memanjat dinding dan menangkap sesuatu dengan menggunakan lidahnya yg panjang. Dengan kuasa luar biasa itu Hairi atau Cicak-Man cuba menyiasat apa yg berlaku dan menumpaskan niat jahat Profesor Klon serta konco-konconya.
Sumber: Utusan Malaysia
Cicak-Man adalah filem genre superhero komedi yg menggunakan teknik CGI (imej penjanaan komputer). Dalam filem ni, aku tengok kesan teknik CGI memang super kewl… hasil usaha Yusry Abdul Halim. Dan, unsur-nunsur komedi seorang superhero memang menjadi. Dewan 9 GSC Times Square penuh dengan penonton, mostly budak-budak… yelah, yg lain sibuk bekerja sebab hari Khamis. So, bagi yg dah tengok trailer Cicak-Man, takkan tengok trailer je… tengok pulak filem ni kat wayang. Memang tak rugi beb!!!