27 Dec 2006
SEO
7 Comments
Mari kita bersembang pasal SEO. Apa itu SEO? SEO atau Search Engine Optimization adalah satu kaedah atau proses untuk memudahkan search engine mencari laman web kita. Antara search engine yg popular termasuklah Google, Altavista, Excite dan sebagainya. Dan setiap search engine ni ada alat pre-programmed mereka sendiri yg dikenali sebagai robots untuk mengesan isi kandungan laman web.
So, apa yg penting dalam kita bersembang pasal SEO ni ialah camne web kita boleh dikesan oleh search engine tersebut. Begitu jugak camne nak tarik pelawat baru masuk ke web kita termasuk jugak dalam bab SEO ni, lebih-lebih lagi yg berminat nak buat duit dengan internet termasuklah kalau korang dan bercadang nak gunakan Google Adsense sebagai cara korang dapat duit.
Ambik contoh mudah ni. Seorang peniaga bunga dari Cameron Highlands bercadang membuat satu website berkaitan perniagaannya… dengan harapan, dia boleh menambahkan lagi jualannya dengan mendapat pelanggan baru yg melawat websitenya. So, dia pun mengupah seorang seorang webmaster yg terel dalam bidang grafik dan flash untu buat web beliau. So, dia punya web 80% dalam bentuk grafik dan flash untuk menarik…. kiranya button untuk navigation link dan maklumat dalam web tersebut dalam bentuk flash… ayat-ayat dalam web tersebut dibuat dalam bentuk grafik, kononnya boleh buat font yg cantik menarik tertarik kau memang deboom!!! Yelah, dah perniagaannya menjual bunga, semua kandungan web tersebut penuh dengan grafik tentang bunga.
Tentu menarik bukan? Tapi sayangnya, search engine susah nak tangkap web yg macam ni… yg penuh dengan flash dan grafik yg melampau-lampau. Sebabnya, search engine macam Google lebih mudah menangkap perkataan-perkataan yg ditaip terus atau simple plain text dari menggunakan grafik untuk membuat tulisan yg cantik dan cacthy. Jadi, tips kita arini… perbanyakkan plain text dlm kandungan website supaya robots boleh mengindeks web korang dalam search engine mereka.
25 Dec 2006
Hiburan
11 Comments
Aku sempat jugak tengok persembahan Mentor lawan Bintang Cari Bintang malam tadi… tapi tengok kat tv ajelah. Persembahan ni berlangsung kat PWTC… melibatkan pertembungan juara Mentor, Fiq dan juara Bintang Cari Bintang, Ima.
Malam tu, Fiq nyanyi dua buah lagu iaitu Pelesit Kota dan Teguh… Ima Bintang Cari Bintang pulak dengan lagu dangdut Halo Dangdut dan Goyang Inul. Selain tu, diorang turut berduet lagu Sedang Ingin Bercinta - Dewa 19. Apapun, persembahan diorang ni pada aku takdelah menarik sangat pun. Ima dengan goyang gerudi klon Inul Darasista… Fiq aku tak sure adakah suara dia betul-betul rock atau dibuat-buat. Yang bertambah tak best, juri profesional dari Indon macam kelihatan dengan semangat kenegaraannya, lebih memuji-muji Ima sedangkan Zainal Abidin pada komen pertama tetap mengatakan yg nyanyian Fiq tak cukup power.
Aku lebih terhibur dengan persembahan Amy Search… dia nyanyi 2 buah lagu Isabella dan Langit Dan Bumi. Masa Amy Search nyanyi lagu Isabella, ramai penonton yg ikut nyanyi sama. Persembahan yg menarik jugak dari Nurul dan protegenya Nieyl dengan lagu baru Persada… juga menarik.
Keputusannya, Fiq menang… tapi kelebihan melalui undian SMS 60:40 sedangkan Ima menang melalui markah dari juri. Adakah Fiq menang sebab beraksi di gelanggang sendiri? Sepatutnya, lebih menarik dibuat perlawanan persembahan timbal balik.
Oh ya, macam mana tiba-tiba sistem penjurian boleh jadi 50% dari juri profesional dan 50% dari undian SMS??? Sebelum ni kata takde undian SMS?!!!
23 Dec 2006
Wizurai & Co.
9 Comments
Minggu-minggu terakhir bulan Disember ni, sebelum masuk tahun baru 2007 (perlu ada azam ke?) adalah minggu yang agak sibuk bagi diri aku sendiri sebagai seorang… apa yer? akauntan ke… auditor ke… ntah le, lebih kurang kot jawatan aku ni. Takde hebat mana, gaji pun ciput.
Semalam, buat kali pertama… aku sampai ke Klang… ye, Klang Bandar Diraja. Sebenarnya, teman sekerja kena hantar dokumen semula kepada client (dua kotak besar tu…). Dan, boss aku pulak cakap, kalau dah pergi Klang tu baik ambik document client yg kat Shah Alam pulak (aku buat audit company ni). Nak dijadikan cerita, kitorang… maksud aku, kami berdua lelaki dan seorang gadis sunti… hohoho… bergerak ke Klang dengan Kancil. Memandangkan kitorang tak pernah lagi ke office client tu, akhirnya kitorang terlajak perahu boleh diundur… nyaris nak sampai kat Pulau Ketam tau! Memandangkan orang tua selalu berpesan (orang muda ni tak suka berpesan ke?)… malu bertanya sesat jalan, so dengan machonya dua orang jejaka tampan di seat depan Kancil pun tanya la pada adikz-adikz awekz kat bus stop area Pandamaran. Lepas buat-buat paham dengan cerita adikz tu, kitorang berpatah balik. Cari la sampai dapat… pendek cerita, jumpa gak… dekat pukul 2 jugaklah. Lepas hantar dokumen tu (sepatutnya kena tuntut hutang jugak dgn client tu) dan sekeping cek dengan nilai tak seberapa, pergi cari pejabat client yg satu lagi ni kat area tu jugak… puas pusing-pusing cari… dalam 2 jam jumpa jugak… padahal office diorang dekat aje antara satu sama lain.
Lepas lepak kat Klang lama sangat (lepak dalam kereta sebab tak jumpa-jumpa office tu) kitorang pergi Shah Alam pulak… ambik dokumen client… yg aku kena audit… yg tadi tu si gadis sunti yg audit. Dapat le 1 kotak sebesar kotak monitor Compaq untuk aku audit. Boss nak aku siapkan sebelum habis tahun ni… taktau le dapat siap ke tak. Bukan salah aku, akauntan syarikat diorang buat akaun tapi part Profit and Loss dengan Balance Sheet suruh aku yg buat. Letih aku nak cari balance setiap akaun. Balik sampai office 7.30… badan pun letih.
Camtulah life aku sehari dua ni… agak sibuk. Tapi aku tetap nak cari job jugak. Kalau korang ada sesiapa yg perlukan khidmat buat akaun syarikat diorang, baik yg kecik-kecik atau yg medium… bolehlah cari aku. Kadang-kadang cuti 2 hari hujung minggu pun macam bosan je… lebih baik aku jadi freelancer sebagai seorang freelance accountant. Dapat income barang ’sekupang dua’ pun cukup bertuah dah.