Artikel Terkini

Rahsia & Tips Adsense

Rasanya, semua pengguna internet melihat iklan oleh Google dalam bentuk teks yg mudah dibaca. Ia dinamakan Google Adsense. Mungkin jugak setiap daripada kita pernah, atau mungkin secara tak sengaja pun terklik pada iklan tersebut. Dengan klik yg kita lakukan tu, pemilik web berkenaan akan menerima bayaran antara $0.05 hingga $50 bergantung pada jumlah bidaan yg dilakukan pihak pengiklan serta bergantung pada keyword tertentu.

Panduan Google Adsense

Laporan ringkas 12 muka surat dalam bentuk ebook oleh  Mohd Syamsuriyadi Bin Mamat ni membongkar sedikit pengenalan kepada Google Adsense. Selepas korang baca, aku jamin mesti ada antara korang yg tertarik untuk mendapatkan duit dengan Google Adsense ni. Lebih-lebih lagi, Google Adsense adalah cara paling popular untuk buat duit dengan internet.

Boleh download terus di sini.
Panduan lengkap ebook berkenaan di sini.

Tahun Melawat Malaysia 2007

Selamat tahun baru 2007!!! Happy New Year!!! Kita start arini dengan kalendar baru lagi.

Tahun 2007 seperti ramai tahu merupakan Tahun Melawat Malaysia 2007. So, macam-macam program yg menarik ada. 6/1 pulak perasmian sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Visit Malaysia Year 2007

Visit Malaysia Year (VMY) 2007 Grand Launch
6 January 2007
Join us as we unveil the Visit Malaysia Year 2007 celebration with a grand launch! Locals and foreigners alike can have fascinating glimpses of what Malaysia has to offer in 2007. Cultural shows, exciting performances and a host of other programmes will kick-start the launch and offer great fun and entertainment for everyone. A dizzying array of events awaits visitors all year round. Make Malaysia your holiday destination in 2007!

Venue:
Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur
Phone: 603-2693 7111
Fax: 603-2694 1146
Email: info@motour.gov.my
Website: www.motour.gov.my

Selamat hari raya Aidiladha juga untuk semua muslimin/muslimat… arini pun masih ada yg buat ibadah korban kan?

Warna-warni 2006

Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun terakhir aku sebagai seorang pelajar jurusan Perakaunan selepas 4 tahun berhempas-pulas untuk dapatkan degree. Nasib baik takde paper kena repeat dalam sejarah hidup aku. Result tak cemerlang mana… tak macam zaman muda-belia dulu. Huhuhu! 13/8 aku punya Konvo. Bangga jugaklah dapat ambik ijazah depan mak ayah sendiri…

Kerjaya
Mungkin disebabkan aku ni ada darah bisnes yang mengalir dalam badan agaknya, aku sanggup cari pengalaman belajar sambil bekerja. Mungkin pada sesetengah orang, benda ni macam janggal… macam tak cukup duit agaknya. Tapi bagi aku, pengalaman lebih penting dari duit gaji yang aku dapat. Awal tahun ni, aku kerja kat Aromas Cafe jadi management trainee sebab aku ada pengalam kerja kat Kiosk Nescafe UKM. Bukak semester, aku resign kerja kat kiosk sebab aku pilih Aromas untuk cari pengalaman baru. 25/9 sempena bulan Ramadan, lepas aku grad… aku kerja kat audit firm… jadi account exec…

Perniagaan
Aku suka berniaga sebenarnya, tak minat makan gaji. Tapi sebab takde modal… aku tak start nak buat bisnes sebagai kerjaya aku lagi. Tapi, pada 21/7 aku dengan selambanya pergi SSM daftar perniagaan aku sendiri. Kononnya berkobar-kobarlah semangat nak bikin bisnes ni. Thanks billion pada Mouqe sebab bagi aku support untuk project bisnes aku ni.

Kewangan
Memang belum stabil pun… apalagi nak cecah tahap jutawan!!! Hutang kat PTPTN lagi banyak. RM6500 setahun kali 4 campur caj pengurusan diorang.  Mau garu kepala kejap. Gaji yang ada sekarang ni ciput aje… tapi hidup harus diteruskan. Kalau ada yang nak bagi seguni duit kat aku, bolehlah. Jangan duit menang loteri sudahlah….

Internet
Antara projek bisnes aku sekarang. Sedang mendalami dan mempraktikan perniagaan internet. Tapi baru peringkat permulaan aje. Blog aku ni pernah diofflinekan seketika… sebab masa tu aku tengah ghairah nak tau pasal perniagaan internet. Akhir-akhir ni baru blog aku aktif balik… sekurang-kurangnya ada info dua-tiga entry aku masukkan setiap minggu. Tahun ni jugak aku beli 3 domain lagi… 2 .com dan 1 .com.my… jumlah semua domain yang aku ada semuanya 6.

Love Story
Biarlah rahsia…