1 Feb 2007
Wizurai & Co.
60 Comments
Dah lama aku nak search pasal Mobile Income ni sejak iklan ‘gempak’ diorang kat dalam suratkhabar. Iklan bukan main, bayar RM250 boleh dapat dapat pulangan beribu-ribu ringgit. Taktau camne modus operandi diorang. Dulu aku pernah bukak web diorang, tapi macam tak siap… kali ni dah tambah forum pulak. So, aku rajinkan diri baca posting kat forum. Hem, banyak jugak kata-kata kesat dalam forum ni macam kat sini.
Kalau siapa-siapa yg tau camne ‘bisnes’ diorang ni run, boleh letak dalam komen. Aku bukan nak join, just nak tambah info dalam kepala aje.
Kemaskini
27 Jan 2007
Aktiviti, Jalan-jalan Cari Pasal
2 Comments
Dari Gombak merempit ke Putrajaya. Sampai pun agak lambat jugak, dalam 9.15 pagi. Minggu lepas masa Florathon buat kat Dataran Merdeka, aku tak pergi pun…
Aku rasa aktiviti Pesta Flora kat Putrajaya arini tak ramai sangat orang yg datang. Tak pasti sebab apa, maybe Putrajaya agak jauh dari KL ataupun promosi kurang… tapi yang pasti penduduk Putrajaya sendiri pun takdelah seramai mana. Kebanyakan orang yang datang pun rakyat kita sendiri, nak jumpa pelancong-pelancong asing tadi berapa kerat je yg ada.
Dulu, masa aku masih pegang status sebagai pelajar UKM… masa sambutan Hari Kemerdekaan yang pertama kali di buat kat sini, memang cukup meriah… ramai orang yg datang… pulak tu ada show jet-jet dari TUDM. Sekali jet tu lalu betul-betul atas kepala, rasa denyutan jantung macam terhenti… budak-budak kecik siap menangis-nangis lagi. Paiseh, melalut pulak dah sampai ke hari kemerdekaan. Kat bawah ni ada beberapa snapshot dari Putrajaya. Oh ya, lupa pulak nak bagitau, kereta berhias ni turut di pamerkan kat Putrajaya ni sempena Flora Fest dari 20 Jan hingga 4 Feb… berapa lama diorang letak kereta berhias kat situ, aku kurang pasti pulak… tapi nak masuk tengok kena beli tiket la.



13 Jan 2007
Website, Wizurai & Co.
3 Comments
Apa jadi kalau Google punya start page sama macam Yahoo!? Ala, kerja bodoh si mamat ni (sebab dia letak dlm Today in Stupid).