Artikel Terkini

Jenayahkan perang

Siang tadi aku ke PWTC sebab nak tengok pameran sempena Persidangan Antarabangsa Dedahkan Peperangan – Jenayahkan Perang (Expose War Crimes Criminalise War). Pulak tu, arini merupakan hari terakhir pameran tu diadakan.

Pameran yang julung kali diadakan di sebuah negara Islam ni begitu mengujakan. Lebih-lebih lagi nak tunjukkan kepada masyarakat yang Bush serta sekutu dia serta Israel memang jahat gile. Masa beratur panjang mengunggu giliran, kitorang boleh dengar bermacam-macam bunyi dari dalam dewan pameran. Sebelum masuk, pengunjung akan melalui satu terowong yang penuh dengan tulisan dari penyembur cat mencaci Bush yang bangkai tu.

Pameran ni dibahagi beberapa zon. Dengan lighting yang suram, pengunjung akan tekun membaca fakta serta melihat replika-replika yang ada kat situ. Kalau mula-mula masuk, apa yang di sajikan adalah berkaitan dengan bom atom…. terdapat replika bom atam, fakta serta gambar dan replika manusia yg turut terjejas akibat kesan radiasi bom atom… lebih-lebih lagi mangsa Hiroshima dan Nagasaki. Camne wajah bayi yang baru lahir kesan daripada radiasi jugak turut dipamerkan.

Antara lain yang menarik perhatian adalah di zon yang menunjukkan askar Israel dengan angkuh membawa jentolak untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin walaupun dia melihat ada orang kat dalam rumah tersebut. Katanya, dia seronok tengok penduduk yang mati sebab ingin menyelamatkan rumah mereka.

Apa yang paling terkesan kat jiwa aku adalah di zon yang ada tangisan bayi. Bila aku dengar bunyi bayi tu, aku rasa tak sangup nak dengar… memang meruntun jiwa… bukan tangisan biasa tapi tangisan akibat kekejaman peperangan. Dah le ada banyak ‘mayat’ bergelimpangan kat situ. Sebenarnya, selain replika dan fakta-fakta beserta gambar yang ada, pameran ni siap pasang bunyi-bunyi berkaitan. Misalnya bunyi siren bom, bunyi budak menangis, bunyi lelaki meraung sebab kena dera dengan kerusi elektrik. Tapi suara lelaki meraung tu agak kuat jugak, tapi aku macam tak heran sangat… maybe sebab kat dalam filem-filem pun dah selalu tunjuk kes-kes seksaan camtu. Ada satu tu, kat sel penjara Abu Gharib, ada satu ‘tahanan’ yang didera dengan lagu dari kumpulan Boney M yang muziknya dipasang semaksimum mungkin supaya tahana tu terseksa mental dia. Aku pun tak sanggup nak masuk sel tu… memang kuat gile muzik yang diorang pasang.

Banyak lagi sebenarnya yang tak tercerita kat sini. Aku rasa satu kejayaan di atas pameran yang diorang buat ni. Suasana dalam tu memang buat setiap pengunjung yang keluar akan rasa bersyukur sebab berada di sebuah negara yang aman macam Malaysia ni.

Lepas PWTC, aku sempat ke Dataran Merdeka tengok le Tour De Langkawi. Snap gambar beberapa keping sebelum beredar ke Vista Angkasa untuk satu perkara yang perlu diselesaikan.

Jenayahkan perang

Le Tour De Langkawi

Blog berpengaruh?

Semasa sesi lawatan muhibah ke blog blogger yang lain, aku tertarik dengan entry Amanz tentang 50 Blog Paling Berpengaruh di Malaysia. Kemudian, aku tengok la list yg dia bagi. Ada antara blog berkenaan yang aku kenal, ada yang tidak.

Kemudian sesi lawatan muhibah diteruskan lagi dari satu blog ke blog, aku singgah ke blog Sultanmuzaffar. Juga dibangkitkan tentang perkara tersebut:

Apa makna Influential ? Berpengaruh ? Pengaruh yang bagaimana ? Mendapat hits yang banyak. Beribu setiap hari ? Berjuta setiap bulan ? Itu bukan makna berpengaruh. Mungkin juga kerana berpengaruh, wujudnya beberapa pihak yang tidak senang apabila sesuatu isu tersebut diperbesarkan melalui sesuatu blog. Contohnya blog Screenshots. Kalau dulu orang cakap kalau sekali Daim (sekarang Tun) bersin, akan jatuh pasaran saham. Sekarang ini lebih sesuai dikatakan, kalau sekali Screenshots bersin, akan bergegar Putrajaya. Mungkin itu makna berpengaruh pada saya. Mungkin bukan untuk anda.

Jadi, pengaruh untuk apa?

Akademi Fantasia 4 ??

Awal bulan camni kerap sungguh pergi mesin ATM. Mentang-mentanglah gaji baru masuk. Aku perasan kat beberapa mesin ATM kat area Wangsa Maju ni, tak kira bank apa pun ada tertera notis camni:

Terdapat satu sindikit penipuan “Akademi Fantasia 4” melalui SMS yang menyatakan anda telah memenangi hadiah wang tunai. SMS ini adalah satu penipuan. Sila abaikan.

Isu sindikit “Akademi Fantasia 4″ ni rasanya dah lama jugak. Pernah jugak keluar dalam paper. Apalah punya bodoh orang yang percaya benda camni. Ingat senang-senang ke orang lain nak bagi hadiah wang tunai tanpa sebab?