27 Feb 2007
Website, Wizurai & Co.
3 Comments

Dulu aku pernah buat entri pasal Nescafe KickStart yang tayang kat tv tu. Masa tu aku kat UKM lagi, dan masih lagi join Kiosk Nescafe UKM.
Untuk musim yang terbaru ni, junior aku kat Kiosk dulu turut join sebagai peserta. Nama dia Salwa. Sabtu lepas sempat la tengok prelude Kickstart kat TV3 pukul 7.30 malam. Semoga dia dapat berjuang habis²an untuk impian dia dalam rancangan ni.
Sama ada aku terus tengok rancangan ni untuk episod² akan datang, tak pasti lagi. Kalau ada kesempatan, nak jugak tengok Salwa dan peserta lain punya strategi untuk diorang realisasikan impian tu.
Lagi tentang Salwa.
18 Feb 2007
Website
10 Comments
Pada mereka yg belum tau, GMail sekarang dah buka pendaftaran kepada sesiapa saja. Tak perlu lagi request daripada member² untuk invite korang supaya dapat satu akaun GMail. So, yang belum ada akaun GMail, boleh daftar terus kat sini.

Ciri-ciri GMail:
Cost: Free
Storage: 2,500+ megabytes (and counting)
Superior spam protection using innovative Google technology
Access: Free automatic forwarding and POP3 access
dan macam² lagi…
11 Feb 2007
Jalan-jalan Cari Pasal
3 Comments
Siang tadi aku ke PWTC sebab nak tengok pameran sempena Persidangan Antarabangsa Dedahkan Peperangan – Jenayahkan Perang (Expose War Crimes Criminalise War). Pulak tu, arini merupakan hari terakhir pameran tu diadakan.
Pameran yang julung kali diadakan di sebuah negara Islam ni begitu mengujakan. Lebih-lebih lagi nak tunjukkan kepada masyarakat yang Bush serta sekutu dia serta Israel memang jahat gile. Masa beratur panjang mengunggu giliran, kitorang boleh dengar bermacam-macam bunyi dari dalam dewan pameran. Sebelum masuk, pengunjung akan melalui satu terowong yang penuh dengan tulisan dari penyembur cat mencaci Bush yang bangkai tu.
Pameran ni dibahagi beberapa zon. Dengan lighting yang suram, pengunjung akan tekun membaca fakta serta melihat replika-replika yang ada kat situ. Kalau mula-mula masuk, apa yang di sajikan adalah berkaitan dengan bom atom…. terdapat replika bom atam, fakta serta gambar dan replika manusia yg turut terjejas akibat kesan radiasi bom atom… lebih-lebih lagi mangsa Hiroshima dan Nagasaki. Camne wajah bayi yang baru lahir kesan daripada radiasi jugak turut dipamerkan.
Antara lain yang menarik perhatian adalah di zon yang menunjukkan askar Israel dengan angkuh membawa jentolak untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin walaupun dia melihat ada orang kat dalam rumah tersebut. Katanya, dia seronok tengok penduduk yang mati sebab ingin menyelamatkan rumah mereka.
Apa yang paling terkesan kat jiwa aku adalah di zon yang ada tangisan bayi. Bila aku dengar bunyi bayi tu, aku rasa tak sangup nak dengar… memang meruntun jiwa… bukan tangisan biasa tapi tangisan akibat kekejaman peperangan. Dah le ada banyak ‘mayat’ bergelimpangan kat situ. Sebenarnya, selain replika dan fakta-fakta beserta gambar yang ada, pameran ni siap pasang bunyi-bunyi berkaitan. Misalnya bunyi siren bom, bunyi budak menangis, bunyi lelaki meraung sebab kena dera dengan kerusi elektrik. Tapi suara lelaki meraung tu agak kuat jugak, tapi aku macam tak heran sangat… maybe sebab kat dalam filem-filem pun dah selalu tunjuk kes-kes seksaan camtu. Ada satu tu, kat sel penjara Abu Gharib, ada satu ‘tahanan’ yang didera dengan lagu dari kumpulan Boney M yang muziknya dipasang semaksimum mungkin supaya tahana tu terseksa mental dia. Aku pun tak sanggup nak masuk sel tu… memang kuat gile muzik yang diorang pasang.
Banyak lagi sebenarnya yang tak tercerita kat sini. Aku rasa satu kejayaan di atas pameran yang diorang buat ni. Suasana dalam tu memang buat setiap pengunjung yang keluar akan rasa bersyukur sebab berada di sebuah negara yang aman macam Malaysia ni.
Lepas PWTC, aku sempat ke Dataran Merdeka tengok le Tour De Langkawi. Snap gambar beberapa keping sebelum beredar ke Vista Angkasa untuk satu perkara yang perlu diselesaikan.

