Artikel Terkini

Gerakan memurtadkan mahasiswa

Sejak akhir-akhir ini, siang malam pak guard di universiti ini membuat pemeriksaan teperinci pada kenderaan yang keluar masuk. Sikit-sikit check sticker kereta, sikit-sikit check pas pekerja. Amalan yang agaknya berlaku pada setiap awal semester aje kot.

Tapi, rupa-rupanya ada student bagitau aku yang sekarang ni kecoh pasal ada kes murtadkan pelajar. Bisik-bisik yang aku dengar, ada individu dari Hong Kong yang dok setinggan di bilik pelajar cuba merekrut pelajar masuk Kristian. Kalau dapat convert budak Melayu ni habuannya lebih tunggi, dalam 3000 (taktau RM ke USD ke Rupee ke) berbanding kalau pelajar Cina, India dan lain-lain.

Harap-harap pelajar-pelajar ni kuatkan iman mereka melawan anasir-anasir jahat ni. Dulu zaman aku di universiti takde pulak dengar isu camni di dalam kampus, yang ada cuma di dalam surat khabar aje mengatakan mahasiswa Muslim senang dipujuk untuk keluar dari Islam.

Pendapatan Adsense kedua

Lepas dapat hasil adsense yang pertama dulu, ni income adsense kedua aku. Fuhh, lama betul baru boleh dapat income yang kedua. Ni tak amalkan teknik blackhat yang betul la. Hoho!

Ice blended… ice blended…

Masuk arini dah 2 hari aku bukak stall jual ice blended depan sekolah. Dekat dengan rumah, jadi minyak tak perlu keluar banyak. Aku tengok macam harmoni pulak. Belah kiri sekali Cina jual jajan ala car boot sale, kemudian India, Indon jual, aku dan kanan aku Indon jual (lagi).

Sambutan untuk 2 hari ni agak memberansangkan jugak. Benda baru. Ni tidak, astik-asyik air oren, cincau, kelapa, keropok lekor. Budak-budak nak test benda baru, rasa macam mewah la berlagak macam minum Frappucinno Starbucks kan? Hohoho…

Macam-macam pulak kerenah manusia yang aku jumpa. Budak-budak sekolah punya loyar buruk pulak toksah nak habaq la! Makcik-makcik pun ada yang kenen-kenen, macam Edisi Siasat je. Hem, siasat-siasat ni aku percaya jugak pasni akan ada la follow jual ice blended. Jual lagi murah, guna buah fresh, kos tak ambik pusing tapi jual murah dari aku asal ramai yang beli. Kualiti takde takpe, asal diorang dapat jual murah! Hush…

Page 3 of 43«12345678910»...Last »