Panggilan Pulau
22 May 2007
Wizurai & Co.
12 Comments
Pukul 10.03am pagi tadi, aku dapat satu panggilan melalui handphone… waktu aku sedang sibuk dengan tugasan di pejabat. Nombor yg naik di skrin “Private Number”. Aku jawab aje. Orang tu memperkenalkan diri dari sebuah bank, katanya aku ada akaun di bank berkenaan. Katanya lagi, perbualan kami juga sedang dirakam.
Kemudian, dia mintak kebenaran untuk bercakap lebih lama… aku okey aje. Dia pun mulalah perkenalkan diri dan syarikat dia sambil memperkenalkan produk insurans yg ditawarkan salah satu cabang syarikat bank tersebut.
Dengan panjang lebar, dia cerita tentang polisi insurans tu serta 9 ciri-ciri kebaikan insurans tu. Aku sebenarnya malas nak dengar benda² camni. Pulak tu tentang insurans serta faedah² yg bakal aku dapat seperti kos rawatan percuma, dok hospital percuma la… just bayar RM60++ sebulan.
Dia cakap lagi, nak apply insurans ni cukup mudah tanpa perlu tandatangan kat borang… Kemudian aku kena jawab 3 soalan berkaitan penyakit kritikal yg kesemuanya aku jawab ‘tidak’. Seterusnya, sebab dia nak hantar polisi insurans kat aku, dia nak aku bagi 3 maklumat sebelum polisi tu boleh dihantar. Dia mintak alamat rumah atau ofis aku… aku bagilah. Kedua, dia mintak nombor I/C aku… dia kata dia ada setakat 821207 aje…
Aku cakap, “Nombor I/C ni susah sket nak bagi la kat orang… lebih² lagi kalau guna telefon ni”.
Dia tanya balik, “Ada masalah ke?”
Jawab aku, “Ha’ah… ada.”
“Terima kasih Encik….” Panggilan diputuskan,
PERSOALAN
- Kenapa kalau di pihak bank, dia tak tau alamat aku atau nombor I/C aku?
- Kenapa perlu call dan cerita panjang lebar selama lebih 11 minit… bagi la URL ke, boleh aku baca kat web bank tu?
- Ntah² soklan ke-3 selepas mintak nombor I/C adalah “Boleh berikan nombor akaun bank Encik….”
Malas nak layan. Lebih² lagi banyak kes orang yakin dengan panggilan camni dan akhirnya SCAM.
