22 Mar 2007
Aktiviti
1 Comment
Buat mereka yang masih belum mendapat kerja atau sedang mencari peluang kerjaya yang lebih baik, JobsDB akan mengadakan Pameran Kerjaya JobsDB.com 2007.

Tarikh: 23-25 Mac 2007
Tempat: PWTC, Dewan Tun Razak 3
Lebih daripada 5000 jawatan kosong dari 80 syarikat ditawarkan. Jenis pekerjaan yang ditawarkan merangkumi bidang kesetiausahaan, perkhidmatan pelanggan, jualan, pemasaran, perakaunan, kejuruteraan, IT hingga ke tahap pengurusan.
Jadi, jawatan kosong untuk 2007 perlu di isi. Bawa sekali soft copy resume anda menggunakan cd, thumb drive dan sebagainya. Maklumat lanjut layari di sini.
19 Mar 2007
Aktiviti, Jalan-jalan Cari Pasal
4 Comments
Sepatutnya post semalam. Aku sempat pergi PWTC konon-kononnya nak tengoklah booth kat situ. Dari The Mall, aku tengok berduyun-duyun manusia yang ke PWTC sempena MATTA yang memang kena tahun ni sebab Tahun Melawat Malaysia 2007.
Walaupun aku takde plan nak pergi melancong kat mana-mana, niat di hati cuma nak kumpul ‘bahan’ untuk projek internet aku. So, sampai dalam tu, naik le ke Tingkat 1. Rupa-rupanya nak masuk kena bayar RM3 pulak. Walaupun tak mahal mana, tapi kalau sampai 27,000 yang pergi (menurut akhbar Metro), bayangkan berapa banyak diorang kaut untuk tiket masuk je.
Apapun, aku tak masuk pun tengok booth kat dalam tu. Bukan tak mampu nak bayar RM3, tapi sebab matlamat dia untuk jual pakej pelancongan… aku rasa tak rugi sangat pun kalau aku tak masuk… aku tak mampu pergi melancong lagi. Tapi nak bagitau, orang ramai yang hadir semalam memang ramai berbanding masa pameran Jenayahkan Perang aritu.
Pada blogger lain, jom pergi melancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
18 Mar 2007
Download, Ebook, Perniagaan Internet, Tutorial
6 Comments
Ni aku buat satu ebook berkaitan dengan PayPal dan penggunaan debit card Public Bank untuk mengesahkan akaun Paypal. Sangat sesuai untuk newbie yang nak jadi usahawan internet sebab PayPal boleh menerima credit card sebagai cara pembayaran dan ianya global!!!
