Artikel Terkini

Box.net berwajah baru

Tadi aku baru masuk ke Box.net untuk upload ebook aku. Dah beberapa minggu aku tak singgah ke situ, rupa² Box.net dah berwajah baru. Tak sempat nak jelajah semua, tapi aku suka dengan perkembangan ni.

Box.net

Fu-Yoh!

Fu-Yoh! Lama jugak aku tak update blog. Sebenarnya, aku baru pasang Streamyx kat rumah walaupun selalu baca yg Streamyx ni selalu buat problem. Nak buat camne, dah itu pilihan sambungan internet yg okey setakat ni kat area rumah aku.

Streamyx kat rumah aku down seminggu lepas aku 1st time dapat online dari rumah. So, aku buat report… datanglah orang TM tengok² apa yg patut. Sampai 3X datang, tak jadi jugak… kali ke-4 org TM sebelum ni datang baru selesai masalah. Rupa²nya kena buat manual connection… ingatkan rosak kabel ke apa.

Baru² ni kerajaan dah umumkan sape yg dapat lesen untuk provide WiMax. Elok jugak tu kerajaan bagi kat 4 syarikat ni. Sekurang² takde lagi monopoli… bila takde monopoli masing² akan bagi servis terbaik, perang harga pun pasti sengit dan yg untung pengguna jugak. Tak macam masalah yg sering berlaku dengan Streamyx… orang dok kutuk pun masalah sama tetap berlaku (orang kata TM masih guna kabel lama).

Harap² WiMax ni dapat dipercepatkan perkhidmatan dia. Lebih² lagi negara jiran punya speed bandwidths 5mbps kita baru 2mbps. Selain tu, korang dijemput ke website Redesign Malaysia yg memperkatakan tentang broadband dan yg berkaitan dengan perkembangan internet di Malaysia.

Malaysia's broadband sucks - RedesignMalaysia.com

Pameran Kerjaya JobsDB.com 2007

Buat mereka yang masih belum mendapat kerja atau sedang mencari peluang kerjaya yang lebih baik, JobsDB akan mengadakan Pameran Kerjaya JobsDB.com 2007.

JobsDB Careef Fair 2007

Tarikh: 23-25 Mac 2007
Tempat: PWTC, Dewan Tun Razak 3

Lebih daripada 5000 jawatan kosong dari 80 syarikat ditawarkan. Jenis pekerjaan yang ditawarkan merangkumi bidang kesetiausahaan, perkhidmatan pelanggan, jualan, pemasaran, perakaunan, kejuruteraan, IT hingga ke tahap pengurusan.

Jadi, jawatan kosong untuk 2007 perlu di isi. Bawa sekali soft copy resume anda menggunakan cd, thumb drive dan sebagainya. Maklumat lanjut layari di sini.