Artikel Terkini

Gebu, gempal, gemuk

Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk. Alahai, mesti ramai yang comel-comel kan?

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.

Baca Utusan Malaysia

Ke Melaka

Kali terakhir aku ke Melaka masa di tingkatan 5 dulu. Ikut rombongan Persatuan Bahasa Melayu walaupun aku bukan ahli persatuan tersebut. Dengan yuran penyertaan sebanyak RM2, aku rasa berbaloi waktu tu kalau aku ikut serta.

Tapi, arini aku ke Melaka bukan dengan RM2… mana cukup! Pergi dengan bas Transnasional dari Hentian Puduraya, bayar tambang aje dah RM9.50 seorang. Tak kisahlah. Perjalanan dari Puduraya ke Melaka Sentral memakan masa 2 jam… hem, tengok keadaan prasarana hentian bas ni nampak lebih baik berbanding dengan Shahab Perdana di Alor Star. Kemudian, dari Melaka Sentral, naik pulak bas ke Mahkota dengan tambang RM1 seorang.

Sepanjang perjalanan, aku lihat Melaka sekarang dengan Melaka tahun 1999 dah jauh berubah. Banyak hypermatket boleh di lihat sepanjang perjalanan… dari Jusco, Tesco, Giant, Mydin dah berdiri megah kat sini. Tapi tak heran sangat pun dengan hypermarket ni.

Aktiviti Tak Bermoral
Yang lebih menarik, di dalam bas ke Mahkota… ada anak-anak remaja yang berfesyen ala-ala punk sama seperti yang boleh di lihat di KL. Mungkin inilah semangat Hang Jebat agaknya. Remaja-remaja ni bercampur lelaki dan perempuan. Yang perempuan sibuk menyapu wax dirambut lelaki supaya rambut lelaki berkenaan kelihatan terpacak macam landak. Tak pasal-pasal wujud salon bergerak dalam bas ni. Tak berapa lama kemudian, seorang lelaki berkenaan menerima panggilan dari member dia dan diorang sembang-sembang tentang lokasi bas berkenaan berada. Tak lama kemudian, naik dua orang mamat yang juga member kepada budak punk dalam bas ni. Depan mata aku sepanjang perjalanan ke Mahkota Parade, berlaku urusniaga underground atas bas… aku nampak diorang bertukar pil dan beberapa tiub straw. Entahlah!

Tempat Bersejarah
Kalau masa tingkatan 5 dulu aku ke Melaka dengan menghabiskan masa di Mahkota Parade bermain game. Pelajar lain bayar tiket utk melawat muzium, kitorang menghabiskan duit bayar token main game. Kali ni, aku malas nak pusing-pusing shopping complex dah… kat KL pun bersepah ada. Aku ambik kesempatan tengok tempat-tempat bersejarah kali ni. Terkejut jugak sebab dulu sebuah padang kini telah bertukar menjadi Dataran Pahlawan Megamall… banyak perubahan sekitar Kota A Famosa. Dulu aku tak naik pun atas bukit tu, kali ni aku naik dan melihat permandangan Selat Melaka. Dari atas boleh nampak beca-beca yang ditaja oleh DiGi (agaknya sebab penunggang beca dan becanya penuh dengan perkataan DiGi). Kat Melaka ni banyak betul Muzium… aku cuma masuk Muzium Samudera aje dengan tiket masuk sebanyak RM3. Mungkin jugak kebetulan, sebab aku hanya masuk 1 aje Muzium yang ada kat Melaka arini, aku jumpa perkataan ‘Wizurai’ kat dalam kapal Muzium Samudera. Hehe.

Cuaca kat Melaka arini sungguh panas tak macam Kuala Lumpur yang setiap petang akan turun hujan lebat. Peluh bukan main membasahi tubuh, tak pasal-pasal dua tiga kali kena beli air… untung betul peniga-peniaga air kat sini. Sebab cuaca agak panas, aku tak lama kat Melaka arini… pukul 5 aku beransur dari Dataran Pahlawan ke KL seterusnya.

FireFTP

FireFTP

Ohh… rupa-rupanya Mozilla Firefox pun ada add-ons untuk cross-platform FTP client. Selamat dan percuma selain boleh terus gunakan FireFTP menggunakan Tools pada Firefox.

Download FireFTP