Artikel Terkini

Transformers

Sungguh-sungguh-sungguh hebat!!! Lebih hebat berbanding Spider-Man 3 dan Pirates yg dah aku tonton kebelakangan ni. Puas hati kalau pergi tengok kat wayang. Jalan cerita yg menarik dengan kesan bunyi yg baik dari arahan Michael Bay. Aku suka filem ni setelah ia mengisi masa kanak-kanak aku di layar tv. Siapa yg tak tau tentang Transformers kan?

Transformers

Aku suka bila dia kaitkan dengan eBay dan PayPal. Apa kaitan antara eBay dan Transformers? eBay laman lelongan… mungkin ia juga tempat para peminat mendapatkan model-model Transformers dari generasi pertama hingga terakhir pada harga yg murah. Tapi dalam filem ni, secara tak langsung eBay di promosikan setelah ada seorang ahli yg menggunakan nickname Ladies Men.

Lupakan tentang eBay, dalam filem yg memang macam filem perang ni, secara tak langsung Amerika menunjukkan kekuatan ketenteraan diorang… dah le tunjuk askar diorang kat Qatar… why not letak Afghanistan atau Iraq saje? Tak pasti sama ada propaganda diorang ke, tapi watak Setiausaha Pertahanan di Pentagon tu saling tak tumpah macam Donald Rumsfeld (wikipedia siapa Donalds Rumsfeld?)… aku rasa la. Antara yg lucu, scene kat rumah Sam masa dia nak cari cermin mata… geng-geng Transformers tu menyorok-nyorok. Juga time tu mak Sam dapat tau nak dia dah bawak balik awek… konon-konon anak dia dah hilang teruna agaknya… tu yg mak dia happy aje. Part-part situ memang kelakar la.

Pada yg belum tengok, pergilah tengok. Memang best!!!

Jom lakukan screen capture

Setelah ada pertanyaan menerusi email dan ruangan komen tentang camne aku buat screenshot sesuatu web sampai penuh dari atas hingga ke bawah, arini aku kongsi satu software yang agak best ni. Bukan setakat buat screenshot active windows, korang boleh freehand-selected bahagian-bahagian tertentu tanpa perlu lakukan proses crop di sofware yg lain pulak. Banyak lagi fungsi yg boleh korang cuba sendiri. Shareware ini di namakan Fastone Capture.

Fastone Capture

FastStone Capture is a powerful, flexible and intuitive screen-capture utility. It allows you to capture anything on the screen including windows, objects, full screen, rectangle regions, freehand-selected regions and scrolling windows/web pages. It has innovative features such as a floating Capture Panel, hotkeys, resizing, cropping, text annotation, printing, e-mailing, screen magnifier and many more.

Fastone Capture

Jom tukar GMail Skins

Bagi sesiapa yg belum tahu, GMail korang sebenarnya boleh ditukar kepada warna kegemaran korang (kalau warna kegemaran korang tersenarai la…). Tapi, fungsi yg di namakan Gmail Skins ni hanya untuk pengguna browser Firefox ajelah sebab benda ni add-on kepada Firefox.

So, kalau korang nak cuba, boleh terus ke sini.