13 Jul 2007
Wizurai & Co.
5 Comments
Entri ringkas. Malam ni aku akan berangkat ke Langkawi. Aku perlu berehat dari kepenatan tugasan di pejabat. Rasa ingin berjemur di tepi pantai sambil melihat tourist yg berbikini tanpa perasaan segan silu. Isnin mungkin aku balik semula. Tidak online dalam waktu tersebut.
10 Jul 2007
Wizurai & Co., Wordpress
8 Comments
Aku ada baca tentang NoFollow kepada DoFollow sebagai plugins untuk Wordpress dalam mohdismail.com. Adakah kesannya seperti dalam gambar di bawah ni?

Gambar ni dari dashboard WP aku yg mana aku jugak gunakan Technorati. Kebanyakan link kat situ adalah dari mohdismail.com. Hohoho!
8 Jul 2007
Flickr, Jalan-jalan Cari Pasal
7 Comments
Hari ni ke Times Square. Masih ramai lagi yg berbaris panjang untuk dapatkan tiket wayang Transformers. Tapi sayang, tiket sold-out hingga ke malam… kuat betul penangan Michael Bay ni.

Penat berjalan-jalan, aku dan dia ke Starbucks tingkat bawah. Kami dapatkan Azuki Frappuccino yg berharga RM15 dalam 2 kategori… satu cream satu coffee. Makan, tak payahlah!

Dia pernah berkerja kat Starbucks. Aku tanya, “Apasal harga fraps ni mahal sangat?”
“Promotion memang mahal sket…”

Lagi gambar boleh tengok kat Flickr.