Artikel Terkini

OD Tanah

Arini aku ke cawangan CIMB UPM. Aku nak tau berapa rate kalau buat OD Tanah. Biasanya orang buat OD ASB, jarang orang buat OD Tanah sebab ramai yang takde tanah termasuk la aku. Hehe. Jadi ni maklumat yang aku dapat tentang OD Tanah melalui pegawai  CIMB Bank yang aku kenal tu:-

Kediaman: BLR - 1% (85%)

Pertanian: BLR + 1.5% (55%)

Beza sangat antara kedua-dua tu. Maknanya kalau geran tanah kita berstatus pertanian, katakan market value (MV) dia RM100,000, bank akan bagi kat kita setakat RM55,000 aje. Sikit aje dapat. Maknanya geran tanah status pertanian ni kurang bernilai untuk di buat sandaran pada bank, kalau jual pun dapat jual murah aje sebab MV tanah jenis ni memang murah.

Untuk geran tanah kita berstatus kediaman pulak, katakan MV dia RM100,000 maka bank rela bagi sehingga RM85,000. Banyak tu beb!

BLR sekarang ni 6.6% jadi interest yang korang kena charge untuk tanah status kediaman adalah 5.6% manakala tanah status pertanian pulak 8.1%. Wowow… beza sangat beb!

Jadi cara terbaik adalah upgrade tanah pertanian tadi menjadi tanah kediaman, baru MV dia naik. Nak cagarkan ke, nak jual ke, nak pajak ke, nak buat OD Tanah ke, nak sewakan ke, baru lebih untung berbanding tanah yang berstatus pertanian. Tapi, nak tukar status tanah ni ambik masa lama jugak, tau-tau jela proses kat Pejabat Tanah tu camne. Selain ambik tempoh masa yang lama sehingga ada kes bertahun-tahun, duit jugak perlu korang keluarkan untuk kerja upgrade tanah ni.

Tapi aku rasa pulangan lepas penantian tu pasti lebih berbaloi lepas tanah tu dah di upgrade.

Retrospektif : Tujuh

Aku suka nombor 7. Maka sempena bulan tujuh, 7 haribulan aku ambil keputusan kembali menulis entri di dalam blog Wizurai ni. Kalau melihat balik entri terakhir aku dalam blog ni, lebih dari setahun aku biarkan blog ni tanpa update, komen dibiarkan tak berjawab. Tapi trafik tetap masuk walaupun tak banyak mana. Sekurang-kurangnya aku tak perlu aktifkan plugins “Maintenance Mode”. Biar orang masuk, sebab mungkin dalam personal blog camni ada jugak info yang orang boleh dapat. Nak download ebook Paypal ke, nak cari belut ke, nak cari tiket murah pergi Genting Highland ke, semua orang jumpa blog ni. Hoho!

nama domain murah

Okay, kalau tengok gambar kat atas, usia domain ni dah masuk 7 tahun lebih. Kalau manusia, dah masuk darjah 1 beb. Aku daftar tahun 2004 dulu. Masa tu aku antara individu yang terawal ada .com sendiri kat Malaysia ni, yang lain perati sajelah kan. Aku beli sebab aku suka branding. Dari mula-mula beli dengan syarikat kat Malaysia, kemudian aku transfer ke GoDaddy sebab boleh renew lagi murah. Sekarang dah ramai yang ada .com sendiri, yang guna .my pun dah ramai sangat. Bertambahlah domain kat muka bumi ni, blog pun semakin bertambah, entri-entri blog pun sama setiap hari. Jadi aku pun nak tambahkan entri di muka bumi ni mulai arini. Yosh!

Verified Paypal menggunakan Maybank debit card

Selamat hari raya semua! Lama ye tak update.

Okey, memandangkan lama dah blog ni tak di update, aku nak bagi artikel special untuk korang berkaitan Paypal. Tentang cara-cara nak verified akaun Paypal dengan kad debit Maybank yang baru tu, takdelah baru pun… yang ada gambar buah ceri tu, bukan yang kaler kuning hitam tu sebab yang gambar buah ceri ni ada logo VISA. So, kebarangkalian Paypal nak terima adalah tinggi, tak macam kad kuning hitam yang cuma berstatus Bankard aje, boleh guna kat rangkaian MEPS.

Sebenarnya aku nak update sebab aku tengok masih lagi ramai yang download ebook Panduan Pengesahan PayPal Menggunakan PB Visa Electron & AmBank NEXG. Maknanya masih ramai yang tak tau pasal debit kad Maybank ni pun boleh verified PayPal. Dan email pun aku banyak dapat pasal debit kad PB, ada yang tanya camne nak dapatkan cepat diorang punya kad, tanya cara nak verified padahal dah diajar dalam ebook free tu, nak mintak aku transfer duit dlm PayPal diorang sebab lambat sungguh kad nak dapat dan macam-macam lagi. Dan artikel ni dibuat sebab aku rasa ramai yang ada akaun kat Maybank. Kredit jugak kat Ijad sebab dengan artikel dia, aku berjaya lakukan sekali percubaan aje.

Okey, apa yang perlu korang lakukan ialah login ke akaun M2U korang. Kemudian terus ke menu Utilities. klik pada Maybankard Secure Online Shopping Registration. Then, paparan dia macam kat bawah.

Teruskan membaca

Page 2 of 43«12345678910»...Last »