Artikel Terkini

Surat dari Google

Oh, macam terkejut pulak bila Google hantar surat dari US sana. Surat tu ada maklumat tentang nombor pin untuk akaun Google Adsense.

Hem, nanti aku update balik!

Keluarkan duit dari PayPal

PayPal

Dalam entri ebook Panduan Pengesahan PayPal, ramai yg tanya camne nak keluarkan duit dari akaun PayPal. Email jugak sering datang bertanyakan camne cara nak keluarkan duit dari akaun PayPal.

Matt Ng telah pun mengesahkan yg rakyat Malaysia sekarang boleh keluarkan duit dari akaun PayPal melalui credit card atau debit card korang yg tertera logo Visa atau MasterCard. Charge untuk keluarkan duit tu sebanyak $5.00 USD.

So, siapa yg belum ada kad debit, boleh apply sekarang. Dalam ebook Panduan Pengesahan PayPal, ada diterangkan camne nak mohon kad debit Public Bank dan NexG Ambank. Download dan baca panduan yg aku buat tu. Usahawan-usahawan internet Malaysia sekarang boleh tersenyum sebab tak perlu buka akaun bank di US tapi guna aje kad masing-masing.

Selangkah ke alam pekerjaan

Pejabat

Di ofis aku ada seorang staf baru. Perempuan. Jumaat lepas kami dapat cek gaji bulan sembilan. Dia pun dapat walaupun baru beberapa hari kerja. Okeylah tu.

Masalahnya bila dia cuma ada akaun simpanan Bank Islam. Aku sedia maklum pelajar-pelajar yg dapat tajaan PTPTN selalunya duit diorang akan masuk ke Bank Islam. Zaman aku, masih Bumiputra Commerce yg buat.

Masalahnya lagi, Bank Islam tak banyak. Nak berurusan pun masih menggunakan kaunter. Belum banyak cawangan yg ada mesin cash deposit mahupun cheque deposit. Kalau nak berurusan perlu pada waktu kerja.

So, pendapat aku la… kalau korang dah bekerja, bukalah akaun simpanan di CIMB Bank atau Maybank. Terpulang nak jenis akaun yg mana sebab diorang pun ada perbankan Islam jugak. Senang kalau nak keluar masuk duit ni.