Artikel Terkini

Merdeka 50 tahun

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-50.

Fast Update #2

Proton Sedan

Proton Sedan
Bukanlah lagi menjadi rahsia yg Proton akan melancarkan model terbaru diorang pertengahan Ogos ni. Kelahiran semula produk Proton ni dikatakan seperti Gen.2 versi Sedan. Paul Tan dalam blognya juga turut menyelitkan gambar dari spycam berkenaan Gen.2 Sedan ni.

Pelajar sekarang terlalu manja?
Guru terlampau atau pelajar sekarang terlalu manja atau ibubapa yg emosional? Isu yg hangat di berita TV dan surat khabar kebelakangan ni. Teringat dulu masa aku kat sekolah. Waktu tu tengah rehat. Aku lepak-lepak dekat satu sudut kawasan sekolah yg mana ada lagi pelajar-pelajar lain jugak. Tengah lepak-lepak, cikgu disiplin datang dan suruh semua pelajar yg ada kat kawasan aku lepak tu naik ke pejabat dia. Rupa-rupanya ada panggilan dari sekolah agama kat bawah tu (sekolah aku atas bukit) ada pelajar main baling-baling batu kat bumbung sekolah agama diorang. Akhirnya, aku dan diorang kena rotan kat tangan walaupun ada yg tak buat. Alasannya, kitorang yg ada kat situ tak tegur budak yg main baling batu atau buat report kat pengawas. Tak kisahlah… tapi walaupun kitorang kena rotan, takde pulak mak bapak datang sekolah pasal kes ni.

PIKOM PC Fair 2

PIKOM PC Fair

Bulan Ogos ni ada lagi PC Fair. Lihat tarikh dan lokasi masing-masing. Boleh berangan dari sekarang nak beli apa.

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007
Oh, karnival kerjaya kebangsaan ni buat kat UPM? Kenapa eh tak buat kat PWTC atau Mid Valley? Pengangkutan pun senang. Apapun, bagi yg ada kelapangan atau yg masih mencari-cari peluang kerjaya, datanglah ke sana… mana tau dapat kerja kat multinational company ke.

Terengganu kite!

Terengganu

Hujung minggu lepas aku berada di Terengganu. Lepak di apartment Awana Kijal berhampiran dengan kampung boss aku. Lepak sana sebab senang nak ke rumah pengantin perempuan a.k.a boss aku sendiri. Semua perbelanjaan penginapan dan perjalanan boss yg tanggung. Kitorang staff ni gagah le datang dengan Kancil 660 tu, nasib baik semua okey.

Aku suka ke Terengganu ni. Perjalanan bersebelahan laut dengan permandangan pokok kelapa. Cantik bila melihat laut dari dalam kereta, apa lagi kalau singgah berhenti di mana-mana pantai.

Boss aku kahwin hari Sabtu. Jumaat tidur di Awana Kijal dan petang Sabtu tu berlepas pulak ke Kuala Terengganu. Lalu di Kerteh tempat Petronas tu pada waktu malam cukup mempersonakan dengan cahaya lampu. Singgah di Kuala Ibai untuk makan malam sambil berlatar-belakangkan Masjid Terapung. Aku order Nasi Goreng Spesial. Sedap bangat sebab udang dan sotong semuanya fresh!

Malam tu menginap di Hotel Alamanda Kuala Terengganu (glamer ke hotel ni?) memandangkan duit yg boss bagi tak banyak mana dah. Esoknya, Ahad kitorang ke Pasar Payang shopping sikit (banyak sebenarnya, dah le naik Kancil) cari keropok lekor, telur penyu dan sebagainya. 5 orang naik Kancil, beg pakaian penuh di belakang tambah pulak dengan barang-barang shopping di kaki masing-masing… satu perjalanan yg menyeronokkan.

P/S: Kredit foto untuk nadio.