Artikel Terkini

Advertlets expired!

Huh, domain Advertlets.com telah expired! Dan masa aku melawat beberapa blog seperti milik MohdIsmail, Emptyspace, Fahmishah semua blog mereka akan redirect ke satu pages lain sebab masing-masing belum membuang script iklan Advertlets. Maklumlah, arini Sabtu… ramai webmaster yg bercuti.

Bagi aku, kelalaian pihak Advertlets agak memalukan. Bagaimana sebuah syarikat pengiklanan (yg menjana banyak duit) boleh terlupa untuk renew domain mereka sehingga mengganggu website lain yang memasang script iklan mereka. Aku terpaksa buang dulu script iklan mereka sehingga mereka renew domain tersebut.

Screenshot blog yang ada pasang script iklan Advertlet:

Dashboard

KEMASKINI 11-06-2008

Pembelian nama domain yang baru dibekukan!

Renew domain sedia ada berjalan seperti biasa. Tunggu email pemberitahuan untuk renew dari pihak Wizurai & Co.

Harap maklum.

Anak Halal

Maya Karin dalam Anak Halal

Buat pertama kalinya, aku menonton wayang di GSC yang baru dibuka di Pavilion. Asalnya memang aku bercadang nak menonton Anak Halal tapi arini agak banyak jugak filem menarik dari luar negara. Memandangkan Osman Ali yang mengarahkan Anak Halal, aku tolak filem lain arini dan mungkin filem-filem tu boleh di beli di pasar malam.

Anak Halal memang filem yang bagus. Walaupun temanya sudah biasa di kaca TV, tentang isu dadah, anak-anak liar di kota metropolis ni, tapi lakonan mantap oleh Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha serta keruk yang memang sinonim lakonan Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi dan beberapa lagi pelakon seperti Rosyam Nor menjadikan filem ni wajib di tonton.

Aku suka antara aksi stunt dalam filem ni. Juga aku jeles bila gadis-gadis liar dalam filem ni di kalangan mereka yang cun. Cuma scene di gerai burger bawah fly-over (mungkin lebuhraya bertingkat Ampang) kurang meyakinkan, balik-balik muka yang sama lepak di situ dan tak nampak pulak orang yang datang beli burger.

Sebab dadah, ramai orang mati. Dari penagih, anak orang atasan, sahabat mahupun abang boleh mati. Dengan dadah, ikatan adik-beradik, kawan-sahabat, anak-bapak boleh putus. Isu yang belum berkesudahan. Keruk berkuasa bila ada pistol, kalau lawan jantan sama jantan, belum tentu keruk menang, biasalah - hero mana boleh kalah.

Oh ya, versi terkini WordPress 2.3.2 dah keluar. Aku versi 2.3.1 belum upgrade pun.