Artikel Terkini

Kenduri kahwin di kampung

Sepatutnya entry ni di publish semalam, tapi lupa pulak nak tekan butang publish sebab tengah teruja bereksperimental dengan shopping cart.

Seperti entry lepas, aku bagitau yang aku balik kampung untuk perkahwinan sepupu-sepupu aku. Yeah, dua orang.

Sebelum akad nikah

Musim tengkujuh telahpun melanda saat kami bertolak ke Kelantan. Sepanjang perjalanan, hujan turun mencurah-curah.

Dan, bumi Kelantan bermandikan hujan. Majlis persandingan sepupu aku Shima berlangsung dalam cuaca hujan sejak sebelah pagi lagi.

Diey dan Shima

Manakala, majlis perkahwinan Abang Ayo berlangsung sehari selepas persandingan Shima. Mujur pada hari tersebut hujan turun pada sebelah pagi saja.

Abang Ayo dan Siti

Sepanjang di kampung, aku dah diserang selesema. Gara-gara selalu terkena hujan. Perjalanan balik semula ke KL lebih bernasib baik sebab hujan tidak turun sepanjang hari.

Balik kampung

Esok, aku akan balik kampung… Ahad balik sini semula. 2 orang sepupu aku nak kahwin. 7 haribulan diorang kahwin. 7 haribulan jugak ulang tahun hari lahir aku ke-25. Hehe. Balik nanti aku nak buat sedikit promosi kat blog ni.

Tunggulah!

Debit card Kad debit

Tune Card

Akhir-akhir ni, aku tengok makin bertambah debit card yang dah berada di pasaran Malaysia. Ini bermakna, kalau korang nak buat online shopping kat eBay atau beli hosting, domain name dan sebagainya yang memerlukan credit card, debit card pun boleh digunakan asalkan ada tanda Visa atau MasterCard. Dan yang lebih menarik, ada sesetengah debit card yang tak perlukan slip gaji ataupun kena lepas umur sekian-sekian.

Kat sini aku listkan beberapa debit card yang berada kat Malaysia, yang boleh buat online shopping. Click pada link untuk maklumat lanjut.

Tune Card
Aku rasa ni debit card yang paling baru berada di pasaran. Yuran tahunan serendah RM9.99. Boleh deposit duit kat Pejabat Pos, CIMB Bank dan BSN selain FPX.

PB Visa Electron
Dikeluarkan oleh Public Bank dengan yuran tahunan RM24. Boleh check akaun secara online dan dapat statement bulanan.

AmBank NexG Prepaid MasterCard
Boleh di dapati kat 7-Eleven kalau di Lembah Kelang. Caj bulanan RM3. Yang terbaru aku tengok diorang buat promosi dengan iTalk TM.

MOL Freedom Mastercard
Kad hasil kerjasama antara Malaysia Online (MOL) dan EON Bank. Boleh juga beli kat 7-Eleven.

Selain dari list ni, pihak MasterCard ada buat iklan yang diorang pun keluarkan debit card. Tapi bukan diorang direct keluarkan kad tersebut tapi melalui bank tempatan iaitu Affin Bank dan EON Bank. Untuk debit card MasterCard ni, korang lawat terus website diorang.