10 Feb 2008
Jalan-jalan Cari Pasal
30 Comments

Pavilion KL dah beberapa kali aku pergi. Sebelum ni tengok Anak Halal dan Cuci di GSC sini. Kat Pavilion ni jugak aku terserempak dengan Ladyazurt. Cuma setiap kali aku ke sini, bila aku turun ke Food Republic menerusi tangga bergerak, mata mesti terpandang pada kedai yang selalu ramai orang beratur iaitu kedai JCo Donuts & Coffee.
Antara kedai dan kafe kat sini, JCo Donuts antara yang menarik ramai pengunjung, dari pemerhatian aku sendiri. Mungkin orang gemar melihat donut yang di buat live di depan mata atau mungkin rakyat Malaysia ingin mencuba produk dari francais Indonesia ni.
Teruskan membaca
27 Jan 2008
Flickr, Jalan-jalan Cari Pasal
13 Comments

Agak-agaknya sudah berapa lama korang tak pergi ke Zoo Negara? Atau tak pernah langsung ke sana? Ada apa kat sana? Baru-baru ni aku berkesempatan pergi ke Zoo Negara yang terletak di Ulu Kelang. Rasanya dah lebih 10 tahun tidak ke zoo. Dulu masa tiket masuk tak sampai RM10 tapi sekarang dah jadi RM15.
Teruskan membaca
20 Jan 2008
Aktiviti
10 Comments

Arini berkesempatan sekali lagi untuk ke PWTC. Ada Youth 08 anjuran Youth Malaysia.com. Apa yang menarik ye? Selain booth yang dah biasa aku tengok setiap kali ke PWTC, aku sebenarnya datang nak tengok live band. Tapi live band start agak lambat sedangkan aku sampai agak awal jugak. Jadi, pusing-pusing jugaklah.
Teruskan membaca