Rumah Lelong Langkawi
Aku akui bahawa aku tak pernah ke mana-mana seminar hartanah. Aku memang jenis yang tak suka pergi seminar walaupun masa di Universiti dulu selalu anjurkan seminar percuma oleh pihak fakulti, aku malas malas nak sertai. Setahun-dua kebelakangan ni, minat mendalam aku terhadap hartanah tiba-tiba datang. Disebabkan tu, blog jutawan hartanah ni aku baca beberapa tahun dulu setiap entri dari mula sampai khatam. Tahun lepas pulak aku jumpa blog bro handsome ni, aku baca dari entri pertama sampai khatam sehingga bandwith blog beliau kehabisan!!
Walaupun aku tak pernah ke seminar hartanah, aku selalu baca blog berkaitan topik hartanah. Aku jugak pernah sekali join TT kat Ramal Junction. TT ni selalu dibuat oleh sifu Pie dulu. Jadi sebagai silent reader blog beliau, dengan jarak sekangkang kera dari Serdang aku turun ke sana sehinggalah jumpa dengan otai-otai hartanah seperti macha bri (pangilan manja tuanbri) dan juruukur, yang mana aku jugak selalu follow blog mereka ni.
Okey, berbalik pada kisah aku, baru-baru ni aku telah menyertai satu lelongan untuk 1 unit apartment di Langkawi. Jauh betul pilihan kalbu. Sebelum ni aku pernah ke Hotel Istana merasai suasana acara lelongan mega oleh CIMB Bank. Dapat RM100 walaupun tujuan aku bukanlah untuk jadi wakil pada hari itu, namun ada yang komen bahawa “Inilah Melayu, RM100 pun sanggup…….bla… bla… bla”. Jadi, setelah aku terjumpa entri Puan Farazila, RM100 untuk ‘duit minyak’ juga dikenakan beliau. Jadi dalam kes aku hari tu, takkan aku yang datang untuk belajar A to Z tentang acara lelongan nak terima RM100 pun jadi satu isu dari pengomen yang mengunakan alamat email palsu? Alahai…..
Seperti yang biasa, langkah pertama adalah dapatkan Proclaiming of Sale dan Condition of Sale. Bila baca POS dan COS ni, semua tunggakan termasuk maintenance fees bank yang cover. Dalam kes-kes tertentu bank cuma cover cukai pintu dan cukai tanah sahaja. Biasanya rumah apartment ni tentu ada yuran penyelenggaraan atau maintenance fees ni lebih-lebih lagi kalau siap dengan kolamnya lagi. Harga rezab dia 75% dari harga pasaran. Aku tanya bank, dia cakap ada sorang lagi bidder, tu pun kawan dia jugak yang kerja sebagai ejen. 50-50 masuk atau tak.
2 hari sebelum acara lelong, aku ke Langkawi. Naik bas aje. Biasanya aku naik Sani Express je sebab dia on time, kerusi pun sedap dan selesa berbanding naik AirAsia untuk ke Langkawi. Sampai Langkawi, ayah mertua aku ambik. Aku balik sorang aje, anak bini kat Serdang la. Hoho. Tinggal diorang untuk kali pertama. Anak aku kecik lagi, baru 8 bulan masa tu.
Tengah hari tu, aktiviti menyiasat apa yang patut. Aku turun ke apartment yang nak di lelong tu. Aku tanya pakcik yang jaga kerja-kerja maintenance kawasan tu. Dia ada tunjuk la beberapa unit ground floor yang orang nak jual. Harga yang orang nak jual sub-sale pun atas dari market value, ada unit yang orang nak jual RM50,000 lebih dari market value. Gila apa! Takdelah harapan boleh dapat duit bila beli rumah sub-sale. First impression aku datang apartment ni, nampak macam banyak rumah kosong. Mungkin orang beli unit kat Langkawi ni untuk jadikan rumah persinggahan atau rumah percutian. Sebab tu banyak kosong. Aku agak-agak aje. Hasil carian aku di Google, rumah kat sini selalu jugak ada unit untuk dilelong.
Aku tengok cat luar blok apartment ni dah naik kulat sikit-sikit. Rumah pun siap tahun 90-an dulu memanglah cat luar ni dah pudar sikit. Kalau pihak pengurusan cat baru macam rumah-rumah flat kat KL ni, mesti lagi menarik keadaannya. Kolam renang aku tengok agak besar, ada bahagian cetek sikit untuk kanak-kanak. Ramai jugak bebudak yang mandi masa tu. Pakcik tu tunjuk rumah yang aku nak masuk lelong dari bawah. Rumah tu tingkat 2. Nampak ada sangkar burung di balkoni. Huh! Macam ada penghuni aje. Siot betul!
Aku naik ke atas, ketuk pintu. Tak lama lepas tu, sorang lelaki keluar dengan hanya pakai tuala mandi! Aku tanya dia ni owner ke tenant. Aku kata rumah ni nak kena lelong, abang aku nak beli. Dia kata bank ada datang sebelum ni dengan jurunilai. Dia pun terkejut rumah nak kena lelong, dia baru 4-5 bulan sewa dah nak kena cari rumah lain.
“Nampak macam banyak je rumah kosong kat area ni”
“Memang banyak kosong bang, tapi owner tak tau siapa. Owner bukan orang sini bang”
“Susah sangat ke nak dapatkan rumah kat sini?”
“Susah bang… Kalau abang jadi beli rumah ni, bagi saya sambung duduk sini pun takpe. Kalau Abang nak duduk sini jugak, saya tak boleh nak buat apa…”
“Berapa sewa sebulan?”
“RM750 bang… mahal jugak bang tapi nak buat camne. Nasib orang rumah saya kerja jugak”
“Tapi ada unit yang sewa RM1,000 pun ada kat sini kan?”
“Ada tapi tu fully furnised bang…” Memang aku tau ada unit di sewakan RM1,000 - stor manager Starbucks Langkawi pun duduk apartment ni sekarang, bekas manager wife aku dulu.
Rumah dah siap penyewa – bonus! Seterusnya aku pergi pejabat maintenance. Tunggakan cuma RM1,000 lebih. Lagi pun bank akan cover tapi aku saja check. Pergi Pejabat Tanah Langkawi – kena bayar RM30 untuk carian hak milik rasmi dan semak kaveat. Pergi TNB, ada tunggakan dalam RM300. Pergi Majlis Perbandaran Langkawi, tunggakan RM100 lebih. Semuanya takde tunggakan yang banyak, lagipun semua bank cover kecuali api air. Kesimpulannya – patut beli!
Sehari sebelum hari lelongan, orang bank call aku bagitau kawan dia yang daftar tu tak jadi masuk. Dia kata 90% kemenangan berpihak pada aku. Hati aku berbunga riang! Pada hari yang ditunggu-tunggu, hati berdebar-debar, perut rasa memulas-mulas. Gabra. Akad nikah pun takdelah gabra camni. Dari Langkawi, naik feri ke tanah besar kemudian kakak ipar aku ambik di jeti. Aku ajak kakak ipar follow kalau dia free. Dia follow sebab aku pun tak biasa ke sana, Penang! Rumah lelong Langkawi tapi buat lelongan di Penang.
Sampai pejabat jurulelong, daftar kemudian masuk dalam sebuah bilik. Keadaannya tak ubah seperti dalam kelas tuisyen aku masa tingkatan 3 dulu! Haha. Ada 4 orang dalam bilik tu tapi datang berdua-dua. 1 group lelaki 1 group perempuan. Masa daftar tadi tu, kerani tu tengah isi borang untuk sorang pembida. Maknanya ada pesainglah hari tu. Alamak…
“Masuk rumah Langkawi jugak ke?” Tanya sorang brother ni.
“Taklah… rumah lain…” Aku jawab acuh tak acuh dan berlagak. Menurut blog-blog yang aku baca, unit yang kita nak masuk jangan bagitau orang – Sebab ulat sentiasa lapar!
Brother ni macam tak puas hati. Aku tengok dia keluar dari bilik tu. Dengar bunyi bising-bising kat luar. Kemudian masuk balik. Keluar balik. Masuk balik. Keluar. Pening aku tengok! Last-last dia masuk bawak kad nombor pembida. Alamak, ni ulat ke apa? Ke dia kawtim dengan jurulelong nak up-kan harga tinggi-tinggi ke bagi harga naik mencanak ke, sure komisyen dapat lebih!
Dekat sejam la tunggu acara masih tak mula-mula lagi. Macam sial je! Ada 4 unit rumah nak lelong hari tu, 3 kat Kulim tapi unit Langkawi ni aje yang orang nak masuk. Memang confirm tak dapat reserve price la. Kemudian lawyer masuk, acara pun bermula sebab jurulelong memang tengah tunggu lawyer pun.
Jurulelong terang-terang sikit prosesnya, “Hari ni kita ada 1 unit rumah untuk di lelong iaitu Langkawi dengan 3 orang pembida”
Hoho. 3 penjurulah jawabnya. Dari reserve price yang 75% dari market value, naik sikit demi sedikit dengan sekali naik RM1,000. Yang dok angkat kad bida pun aku dengan bro ni aje. Dah naik hingga RM10,000 dari reserve price, perempuan tu angkat sekali aje. Kemudian persaingan antara aku dengan brother ni lagi. Aku tengok dia taknak mengalah. Aku tak pasti dia ni ulat ke tak tapi gaya macam ulat aje. Aku angkat kad bida, brother ni lawan naik kad bida jugak. Sehinggalah ke amaun tambahan dari reserve price dah RM20,000 atau bersamaan dengan 92% dari harga pasaran, aku stop. Kalau dia ni ulat, kira burn la deposit dia kalau dia cancel takmau beli. Aku tewas! Brother ni cakap pada pembida perempuan ni, harga yang dia dapat ni bawah market value. Memanglah bawah market value tapi dah hampir dengan market value dah. Tak pastilah aku dia ni betul-betul pembida sebab lepas aje aku kalah, aku terus keluar sebab nak cancel bank draft cepat-cepat sebab aku nak balik KL hari tu jugak.
Nampaknya, unit lelong pertama aku untuk rumah Langkawi ni tewas buat kali pertama. Ingatkan boleh dapat, sebab kalau masuk lelong area Lembah Klang persaingan lagi sengit, ingatkan kat Langkawi ni takdelah orang berminat dengan rumah lelong. Meleset jangkaan aku. Kalah kali ni. Terkilan jugak tapi takde rezeki kali ni. Kalau aku dapat pada market value, rasa sewa sekarang boleh bagi ciput positive cash flow jugak. Tak pun buat special project, ala kalau ada rumah kat Langkawi ni takkan tak faham-faham nak jadikan apa? Adakah aku akan berputus asa lepas ni? Ada sambungan pada entri seterusnya.


hmmmm menarik…berapa RP rumah tu?
terbaik!
keep it up!
nanti ada masa lagi, kita jumpa lepak minum.
jauh nya nak beli rumah.
cerita yg menarik.. penuh suspense haha..
syam, kalu ikut numbers tu, agak2 rp dlm 95k, mv dlm 125k kot..
cuba lagi bro.. insyallah dpt aa nanti..
wow, dah hampir2 tu…
tgh cuba lagi jika ada peluang…..
saya nak tnya…abg tahu tak mcm mn nak jdi juru lelong 2?….sya dgr income pon sedap..kalo abg tahu…bgtau sya mcm mn nk mntk kerja 2 ok
Nak jadi pelelong, pergi je mana mana pejabat tanah.
Minta borang Pendaftaran sebagai Pelelong.
Masih ingin beli rumah lelong “