RSS Feed for This PostArtikel terkini

Retrospektif : Tujuh

Aku suka nombor 7. Maka sempena bulan tujuh, 7 haribulan aku ambil keputusan kembali menulis entri di dalam blog Wizurai ni. Kalau melihat balik entri terakhir aku dalam blog ni, lebih dari setahun aku biarkan blog ni tanpa update, komen dibiarkan tak berjawab. Tapi trafik tetap masuk walaupun tak banyak mana. Sekurang-kurangnya aku tak perlu aktifkan plugins “Maintenance Mode”. Biar orang masuk, sebab mungkin dalam personal blog camni ada jugak info yang orang boleh dapat. Nak download ebook Paypal ke, nak cari belut ke, nak cari tiket murah pergi Genting Highland ke, semua orang jumpa blog ni. Hoho!

nama domain murah

Okay, kalau tengok gambar kat atas, usia domain ni dah masuk 7 tahun lebih. Kalau manusia, dah masuk darjah 1 beb. Aku daftar tahun 2004 dulu. Masa tu aku antara individu yang terawal ada .com sendiri kat Malaysia ni, yang lain perati sajelah kan. Aku beli sebab aku suka branding. Dari mula-mula beli dengan syarikat kat Malaysia, kemudian aku transfer ke GoDaddy sebab boleh renew lagi murah. Sekarang dah ramai yang ada .com sendiri, yang guna .my pun dah ramai sangat. Bertambahlah domain kat muka bumi ni, blog pun semakin bertambah, entri-entri blog pun sama setiap hari. Jadi aku pun nak tambahkan entri di muka bumi ni mulai arini. Yosh!

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Gravatar funzool said:
2011-07-10 12:35:58

macam kenal. haha.

 
Gravatar titan said:
2011-08-18 10:01:53

wahh, dah mula start balik. hehe..

 
Gravatar Wizurai said:
2011-08-18 11:04:32

agaknya la bila ada mood… huhu..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.