Pengalaman Menyertai CIMB Mega Auction
Memandangkan hari ni aku free, jadi aku ke Hotel Istana sebab kat sana ada majlis jualan rumah lelong. Ni kira CIMB Mega Auction sebab ada 100 lebih rumah lelong dan sub sale yang nak dijual arini. Tapi kedatangan aku bukanlah nak masuk bidding mana-mana unit, tapi sekadar nak merasai suasana proses majlis jual rumah lelong ni. Sebelum ni sekadar baca blog orang aje terutama blog sifu pie kisah-kisah diorang masuk rumah lelong, ada menang reserve price, ada yang kalah sebab persaingan yang sengit dan ada yang datang tapi unit pulak called off.
Macam aku bagitau tadi, tujuan utama aku datang sini sesaje nak merasai pengalaman tengok orang bid rumah lelong. Mungkin ada yang akan kata, buang duit minyak dan tol aje datang dari Serdang ke Hotel Istana ni. Tapi takpelah, aku nak merasa nikmat tengok orang masuk rumah lelong, atau paling kurang pun dapatlah merasa masuk Hotel IStana ni.
Masa sampai sana pukul 10 pagi, hujan baru berenti. Sekali ada makan-makan free… apalagi, perut pun kosong walaupun dah plan nak makan kat mamak depan Parkroyal Residence. Jadi dapatlah jimat duit, makan nasi goreng tambah 2X. Hehehe…
Sekali masa tengah makan, aku didatangi seseorang. Ingatkan ulat nak pow aku (tak jumpa ulat-ulat pun kat sini) tapi ada satu ejen ni mintak tolong aku daftarkan 1 unit kat Bangi sebab rumah ni rezab Melayu. Dia tak boleh daftarlah sebab dia bukan Melayu. Hehehe. Dalam hati aku, dapatlah pow dia ni.
Dia bagi aku bank draft, copy IC pembeli kemudian dia bagitau unit mana perlu daftar. Aku pun suka la sebab aku dapat belajar A to Z arini cara nak daftar nak angkat kad bid. Kad aku no 52. Masuk dalam bilik acara jualan rumah lelong, aku pun duduk. Tengok banyak jugak unit yang terjual pada harga rizab, banyak jugak rumah yang tak terjual sebab takde pembida. Masuk rumah yang aku daftar atas nama aku… jeng jeng jeng… aku pun dapat harga rizab. Wah, tak perlulah aku angkat kad bida banyak kali.
Jadi arini aku puas hati sebab tujuan asal nak tengok suasana proses jual rumah lelong, aku dapat belajar cara daftar, masuk bilik lelong dan angkat kad bida tanda setuju dapat harga rizab, bayar stamp duty. Dan yang best, dapat RM100 sebagai upah aku yang berkhidmat tanpa peluh (hujan lebat di luar Hotel Istana). Kalau boleh dapat duit senang camni, lain kali pun aku nak pergi lagi.

duduk serdang ke bro ? dekat jela kita… saya macam berminat jugak nak belajar pasal beli beli rumah ni… hehe… kalau boleh ajar best gak…
dekatlah dgn tmn sri andalas……
duduk taman sri andalas ke ? adakah kita setaman ? haha..
Askm, bagus jugak beli rumah lelong, kadang harga memang murah banyak berbanding harga rumah baru
memang boleh dapat rumah pada harga yg lebih murah dari pasaran bila masuk rumah lelong ni lebih2 lagi kalau dapat harga rezab…
ko nak gi lagi ajak aku. haha..aku nak gak makan nasi goreng percuma. haha..
kau kan kat Pahang… xkan nak dtg kot…
Rumah lelong memang murah, tapi kena hati2 klau nak beli. Kena buat research dulu, pegi ke bank (klau ada kenalan di bank lagi bagus) tengok status rumah, hutang apa sume termasukla ngan penguasa tempatan. Karang tak pasal2 dah beli, keadaan rumah dah teruk (nak kena repair banyak). Yang penting research dulu.IMO
ada pengalaman?
yup. pernah pergi bid masa kat Renaissance hotel & Vistana(lelongan Maybank). Masa lelongan, diorang takkan bagitau pasal kos2, status hutang rumah apa semua. Sebaiknya pergi ke bank dulu buat research.
[...] di Langkawi. Jauh betul pilihan kalbu. Sebelum ni aku pernah ke Hotel Istana merasai suasana acara lelongan mega oleh CIMB Bank. Dapat RM100 walaupun tujuan aku bukanlah untuk jadi wakil pada hari itu, namun ada yang komen [...]
Very good blog.Thanks Again. Great.