Edisi Siasat – Buat Duit dengan Agoda
Agoda. Aku tak pasti sama ada korang pernah dengar tak atau tahu mengenai Agoda ni. Pada yang dah tau, takpelah tapi bagi yang tak tahu aku buat satu topik tentang Agoda yang tajuknya bermula dengan ‘Edisi Siasat‘ macam super blogger Titan punya tajuk. Hoho!
Mari mulakan dengan apa itu Agoda? Ada apa dengan Agoda?
Agoda merupakan perkhidmatan tempahan hotel dalam talian yang utama dan paling pantas berkembang di Asia. Tumpuannya adalah untuk memperoleh dan menyediakan harga terendah bagi hotel yang tersedia di setiap destinasi di seluruh dunia. Jangkauan Agoda dalam rantau Asia Pasifik tidak dapat ditandingi, dengan ketersediaan serta-merta di lebih daripada 24,000 hotel. Dan sebagai sebahagian daripada Priceline.com, hubungan kami adalah global, membolehkan kami menawarkan harga terendah di lebih daripada 163,000 hotel di seluruh dunia. Tersedia dalam 37 bahasa berbeza, Agoda telah memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pelancong dalam sejarah 10 tahunnya dan berkongsi ulasan dan pengalaman ratusan ribuan di laman webnya.
Yang kat atas ni tentang Agoda. Panjang lagi kalau nak copy paste. Apa yang boleh aku ringkaskan, Agoda ni tempat bagi korang nak dapatkan harga bilik hotel yang lebih murah. Kadang-kadang lebih murah berbanding melalui travel agency, lebih murah berbanding tempah melalui website hotel tu sendiri dan lebih murah berbanding beli walk-in di kaunter hotel. Tapi ada jugak terlebih mahal sebab pihak hotel boleh main harga melalui setting dalam akaun pemilik hotel berkenaan dalam Agoda ni.
Jadi, kalau korang berminat nak melancong dan bermalam di hotel, chalet, guesthouse, homestay, buat dulu carian di website hotel, chalet, guesthouse, homestay tersebut dan dapatkan harga yang ditawarkan melalui website hotel tu. Kemudian buat perbandingan dengan harga yang ada di Agoda pulak. Kalau melalui Agoda lebih murah, sambar aje harga yang Agoda bagi. Tapi method pembayaran Agoda biasanya kad kreditlah atau Paypal berbanding kalau korang tempah kat website hotel, mungkin boleh buat transfer melalui Maybank2u.
Kelebihan kalau korang tempah melalui Agoda, korang dapat harga dengan diskaun dan dapat point. “Dapatkan mata bernilai 4% - 7% bagi setiap tempahan” yang boleh digunakan untuk redeem pada tempahan berikutnya.
Tempah mana-mana bilik di laman Agoda dan anda akan mendapat mata bernilai 4% - 7% daripada harga bilik secara automatik. Gunakan mata ini di semua 100,000 hotel kami di seluruh dunia bagi mengurangkan harga bilik mengikut nilai jumlah mata. Atau anda boleh biarkan mata terkumpul selepas beberapa tempahan dan gunakan mata tersebut untuk mendapatkan penjimatan yang lebih tinggi, ataupun bilik percuma! Keputusan di tangan anda.
Berbalik pada topik kita nak buat duit dengan Agoda, mereka ada buat program Affiliate Partners. Macam aku yang ada blog berkaitan pelancongan, aku letak code Affiliate dari Agoda untuk pengunjung aku. Sebenarnya, sejak 2005 dulu aku ada buat website tentang Pulau Langkawi. Sebelum ni aku cuma letak code Adsense, jadi income aku cuma dari Adsense sebab aku ni super malas update blog, aku harap akan ada yang tersesat ke blog Langkawi aku tu dan klik pada Adsense. Sehinggalah aku terjumpa blog ni Sabahbah yang pasang code Agoda jugak. Aku buat kajian camne nak letak code Agoda tu, dan aplikasikan di blog Langkawi aku. Kalau blog korang bukan niche pelancongan pun boleh letak code Agoda ni kalau rasa gatal tangan nak letak, mana tau follower korang tempah dari blog korang.
1. Agoda boleh bagi komisyen sehingga 60%. Aku setakat ni dapat 35% aje komisyen sebab baru tahap asas.
2. Longest cookie life! Sampai setahun. Maknanya kalau pengguna PC tak clear cookies selama setahun, diorang masih guna ID korang. Aku pernah dapat tempahan dari pengguna China yang tempah hotel Langkawi kemudian esoknya dia tempah pulak hotel Bali. Ada kes lain, pengguna dari Australia tak tempah pun hotel Langkawi tapi tempah hotel di Penang, selang beberapa hari tempah pulak hotel di Beijing dan Singapore.
3. Ada 100,000 hotel di seluruh dunia berdaftar dengan Agoda. Mereka ada 10 tahun pengalaman dalam online booking service. Bantuan dalam talian 24/7 dalam pelbagai bahasa.
4. Kalau blog korang dalam bahasa Melayu, pengunjung boleh tukar ke bahasa yang mereka faham sebab Agoda menyediakan 37 bahasa yang berbeza.
5. Blog korang tak semestinya perlu di kemaskini selalu. Aku bertahun jugak tak update blog Langkawi aku tu. Kalau pandai main SEO, mungkin akan ada yang tersesat ke blog korang dan buat tempahan.
6. Minimum payment adalah $200 dollar. Bila-bila masa pun boleh dapat payment kalau sekali orang tempah bilik yang mahal bernilai ribuan ringgit, terus aje korang boleh dapat komisyen yang tinggi. Aku pernah dapat tempahan untuk hotel Ritz Carlton Chicago A Four Seasons Hotel dengan komisyen $48.95.
7. Cukup $200 dollar duit akan di TT ke bank korang. Macam aku, duit hari tu masuk ke akaun Maybank aku.
8. Program Affiliate Partners diorang takde ID yang korang boleh dapat komisen dari downline. Jadi, aku promo diorang ni tak dapat apapun kecuali jika Agoda baik hati nak bagi saguhati kat aku.
Yang lain nanti aku update lagi. Gambar pun letak yang penting-penting dulu sebab aku kena sensor bahagian-bahagian tertentu dalam gambar nanti. Caiyo!

haha..ok. kena cuba. kena cuba.
i keje otel.of coz tau agoda,bookin.com sume
ok nanti i check program affiliate ni
Aku dah buka n login Affiliate akaun Agoda. Tak ada link Affiliate pun, dia ada bagi code banner tapi direct terus ke Agoda, tak ada link affiliate khusus pun. Yang boleh cuma Add Site, satu saja aku Add site, nak Add site kedua tak boleh la pula. Satu lagi, average komisyen yg Agoda bagi utk satu tempahan berapa bro?
pergi ke Agoda partner technology center kat situ boleh pilih beberapa cara yg boleh digunakan tetapi aku lebih suka guna ‘Search Interface menu’ yg mana pengguna boleh pilih senarai hotel, tarikh check-in check-out kemudian semak kadar bilik… affiliate link pun ada kat sini…
average kadar adalah 35% dr nilai bersih. maksudnya hotel letak harga mereka RM150 tapi dlm Agoda harganya RM200, maknanya nilai bersih tu RM50. Komisyen adalah 35% dari RM50…
menarik lat..aku penah tempah n dapat point jer..nk wat menatang affiliate n adsense ni haram xtau…kalo la aku terer wat ni aku sendiri yg tempah aku sendiri dapat komisen..hehehe