Kerajaan tak bincang dengan Majlis Mufti
Baru-baru ni, kabinet kerajaan BN memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Ini berikutan kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam.
Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, masih beragama Hindu.
Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu.
Hari ini Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu.
”Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu bukan Islam memeluk Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak itu berumur lebih 15 tahun. Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini,” kata Datuk Seri Harussani Zakaria.
Nampaknya, kerajaan 1 Malaysia ini masih lagi mengamalkan konsep ‘kerajaan tahu semuanya’ tanpa duduk berbincang dengan pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan.

suatu tindakan yang tidak wajar dilakukan dan boleh dipertikaikan….sepatutnya jabatan yang berkaitan bersuara lantang menyatakan pendapat dan kebenaran….
tak bincang la buat masalah tak settle2…