Tips membuat Rancangan Perniagaan

Biasanya selepas kita hantar Rancangan Perniagaan (RP) ke mana-mana institusi berkaitan, duit akan masuk lebih kurang 3 bulan. Itu pun kalau RP kita diluluskan.
Memandangkan 3 bulan bukanlah tempoh yang pendek, bukannya 3 hari… ini bermakna kos aset tidak mahu tidak dijamin SIRIM mesti naik punya. Camtu jugak dalam kes aku, harga barang untuk furniture macam kerusi-meja mesti naik. Sehari sebelum harga minyak naik RM0.78 aritu, kilang dah naikkan harga sebanyak 24%. Bila harga minyak dah naik, mestilah harga aset-aset berkenaan naik juga.
Jadi aku berpendapat, kalau dalam bahagian financial RP ni, jika kos aset adalah RM20,000 jadi tambahlah siap-siap 10%. Ini bermakna jadikan kos berkenaan sebanyak RM22,000. Seperti sedia maklum, RP nak lulus bukanlah seminggu dua. Nak sign agreement lagi, baru duit masuk. Jadi fikir-fikir jugak kos barang yang sentiasa naik!







cukup ke 10% ek ?
nak ikutkan memang tak cukup… hari sebelum minyak naik aritu, aku gi survey kerusi plastik, harga dah naik 24%…
mark-up pun kena tengok nak beli barang apa… mcm besi mesti mahal punya…
huhu perbelanjaan harian semakin meningkat sekarang ye.