RSS Feed for This PostArtikel terkini

Temuduga

Temuduga dengan PUNB untuk bisnes sudah dibuat. Nampak positif aje. Maklumlah, aku bukan buat cadangan yang pelik. Cuma idea biasa iaitu sebuah kiosk kafe konsep dalam sebuah IPT. Kalau ikutkan idea yang mahu bikin grand, mahu saja aku buat macam Starbucks versi IPT. Tapi kekangan dari segi modal dan lebih-lebih lagi lokasi yang betul-betul strategik dalam IPT, agak sukar idea tu direalisasikan buat permulaan.

Lepas temuduga tempoh hari, pegawai tu suruh aku cari supplier untuk kafe konsep aku… jangan tangguh hingga dah nak bukak baru cari. Kena start cari dari sekarang.?Jadi, sehari selepas temuduga aku dan partner pergi menampal iklan “Kami mencari pembekal makanan untuk sebuah kafe di…”. Tak sangka pulak, ramai betul yang menelefon dan berminat. Ada jugak yang tanya, “Kenapa tak buat sendiri? Lagi untung…” atau “Buatlah sendiri, sewa kat situ mahal kan?“. Owhh, bukan tak mau buat, tapi background aku lebih kepada management (aku akan buat sendiri step by step). Aku bukanlah tukang masak dan tak pernah masak kecuali megi atau telur goreng!

Jadi, senarai makanan yang bakal aku jual lebih kurang camni.

  • Nasi lemak
  • Kueh
  • Bun & pastri
  • Sandwich
  • Hotdog
  • Bebola & nugget
  • Bubur nasi & sup cendawan
  • Mashed potato

Aku jugak turut jual iced blended. Sekarang aku dah rajin turun ke pasar malam untuk cari supplier iced blended sambil cuci mata. Kena beli dulu baru tau sedap tak iced blended diorang. Selain tu, aku jugak menyibukkan diri di shopping complex. Ambik mood nak bikin kafe dan cari idea-idea yang best. Sebab tu, aku sebelum ni selalu lepak di Starbucks dan Coffee Beans… tengok dekorasi, budaya kerja dan sebagainya.

Sekiranya korang ada idea apa yang boleh aku jual, sila turunkan komen di sini. Jika ada resipi yang sedap tetapi mudah dibuat, boleh email atau komen jugak!

Kedai Online

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

17 Comments »

Gravatar Comment by KNizam
2008-05-19 22:36:19

wahhhh semoga berjaya bisnes ya :)

 
Gravatar Comment by Mohd Ismail
2008-05-20 07:25:38

petang2.. ko jual goreng pisang.. =) dengan nasik lemak mmg masyuk..

 
Gravatar Comment by melayubuntu
2008-05-21 03:44:46

kropok lekor bez gak..plus air tebu musim puasa..hahahah

 
Gravatar Comment by Wizurai
2008-05-21 10:04:10

tempat tu tak boleh masak yg heavy…
sebab aliran udara tak keluar…

 
Gravatar Comment by Mohd Ismail
2008-05-22 18:08:52

owhh.. kalo gitu apa yg ko cadangkan mmg baekk da.. =)

Gravatar Comment by Wizurai
2008-05-23 09:38:51

aku mencari resipi yg sedap lagi simple…

 
 
Gravatar Comment by catzer
2008-05-24 22:53:46

erm aku syorkan ko jual gak benda yg berkhasiat spt buah-buahan siap potong..Mmg boleh masyuk kalau budak pompuan mmg suke mkn buah-buahan baik utk diet mereka. Lagipun sebelum mkn pun nabi galakkan makan buah dulu..Takpun ko jual mcm jelly kelapa ke yg mudah diaorg nak mkn even dlm kelas..kekekke..akulah tu yg selalu bawak mknn dlm kelas :p

 
Gravatar Comment by Wizurai
2008-05-25 09:13:40

buah potong memang ada dlm senarai tapi lupe nak masuk sini…
jelly kelapa dadih memang teringin nak buat, tapi tak tau… =)
kena dapatkan resipi…

Gravatar Comment by kaSyah
2008-05-25 10:39:48

Bro, nak contact pembekal dadih n jelly kelapa x? Insya-Allah sedap…btw area cafe ko di mane?

Gravatar Comment by Wizurai
2008-05-26 14:19:19

sila email aku ke wizurai[at]gmail[dot]com
aku nak cuba buat dan jual sendiri, margin lebih tinggi berbanding amik komisen aje…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Gravatar Comment by Fahmishah
2008-05-29 15:34:16

kat ne cafe ni? lepas ni gatherting wat je kat cafe ko

Gravatar Comment by Wizurai
2008-05-29 16:56:57

insyaAllah kalo jadi kat sebuah IPT di Lembah Klang ni jugak…
ada gatherting ke?

 
 
Gravatar Comment by zool
2008-05-30 12:00:42

Wah tahniah la kat ko sebab menjadi usahawan…
Tahniah!!

 
Gravatar Comment by catzer
2008-06-03 16:52:51

kalau aku pi cafe ko boleh bg diskaun tak? Especially buah potong..kakakak

Gravatar Comment by Wizurai
2008-06-03 21:20:13

diskaun? hehehe… aku bagi asam lebih la untuk buah potong…

 
 
Gravatar Comment by yusnita
2008-06-19 21:36:30

tahniah bebanyak… moga berjaya .sayapun ada jugak
menyimpan cite2 mcm u tu..tapi masa dan keadaan pulak
x mengizinkan sekarang.. saya harap anda akan terus
berjaya dan kalau nak resepi rajin2 gi kursus masakan
ngan chef li ….

 
Gravatar Comment by Lin
2009-01-06 12:52:29

Salam, saya nak berhenti keja tapi saya tak tahu apa keja akan saya buat selepas berhanti. Saya dah malas nak makan gaji kalau boleh nak jadi kuli and taukeh sendiri. Nak business modal tak de so ada siapa leh cadang kan pada saya…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.