Starbucks beroperasi di IPTA?

Akhbar semalam melaporkan cadangan untuk membawa masuk kafe francais seperti Starbucks, Dunkin Donut dan Kopitiam ke dalam IPTA. Ohh!
Sebelum ni dalam entry rancangan perniagaan aku, aku ada bagitau yang aku nak buka kafe konsep ala Starbucks dalam IPT. Oh, kini pihak Kementerian Pengajian Tinggi mahu kafe francais ini masuk ke dalam IPTA dengan syarat menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelajar!
Aku rasa, tidak perlulah kafe francais yang glamer camni masuk kerana segelas air pun kurang-kurang RM5. Apa yang perlu, cari pihak yang boleh bikin kafe yang selesa, dilengkapi Wi-Fi dan makanan serta minuman yang harganya berpatutan. Jadi, matlamat nak sediakan kemudahan Wi-Fi dapat dilaksanakan dan pelajar boleh membuat discussion atau mencari bahan seperti jurnal akademik dengan mudah.
*Ohh, aku sedang update blog dari Kafe aku. Sini ada Wi-Fi percuma yang disediakan pihak IPT.






lepas tu, ko kene perlukan modal RM100++ ribu utk jadi francais Starbuck pulak..
p/s:- duit pinnjaman pelajar nanti habes kat situ aje la pasni.. haha
jangan guna francais org lain, bina jenama sendiri…
aku tengok Old Town kat area rumah aku pun ada 3-4 bijik… tapi bukan kaum kita punyalah!
bagus. ada jugak yang mahu buat kedai ala starbucks. harap plan bisnes itu sukses.
da on da ye kafe ko? he he.. aku doakan semoga sukses.. nnt boleh jadi kafe’ yg wajib ada pada setiap kampus =)
belum on lagi… baru nak renovate…
hehe. idea yang menarik dan aku juga ada idead baru dengan benda nih.
aku sependapat dgn wizurai, tak perlu cafe omputih setakat utk sediakan WiFi. Apsal tak initiatif IPTA sendiri utk sediakan WiFi
starbuck kan associate company ngan israel, lg mau bukak kt ipta.giler per. pggl nescafe 3in1 pn baru 60sen sebungkus..cari pengusaha tempatan or student yg nak buka bisnes, bg mereka peluang meceburi bidang perniagaan. WIFI? inisiatif pihak ipta sndiri laa..
betul. xperlula. pihak universiti pun boleh sediakan wi-fi.
makanan & minuman mahal. student dah la kena berjimat.
hu.
lepas nie leh lepak kat starbuck kat kampus dan abiskan duit ptptn..haha
Bro…dah setup cafe lom? habaq kat aku, nnti senang aku singgah ukm…bole aku survey2 gak…hehe.
ps-ni dah selalu tak update makne nye banyak projek tgh jalan ni…baguih….sukses selalu okay
pss-ko nyer office kat bangi ke?
Salam, good luck dengan cafe ko… Nanti kalau aku dah ada anak, pastu belajar kat IPTA. Boleh la aku bagitau, cafe tu “kawan bapak yang punya”… heheh