RSS Feed for This PostArtikel terkini

Rich Dad Poor Dad

Bapa kaya Bapa miskin

Selamat Hari Buruh!

Aku baru saja beli buku Bapa Kaya Bapa Miskin edisi BM kat MPH Alpha Angle. Dengar cerita buku ni menarik, jadi aku pun belilah lebih-lebih lagi ada edisi BM. Harganya RM35, tapi taktaulah kalau masa Pesta Buku aritu boleh dapat murah lagi.

Sebelum ni, aku pernah jugak baca tentang permainan Cashflow dan bengkel Cashflow 101 anjuran BicaraJutawan. Masa tu samar-samar lagi tentang permainan ni. Lepas baca buku ni, aku pun buat carian berkaitan permainan Cashflow di blog-blog yang berkaitan seperti blog Pakdi, Bai dan En. Aku (sekadar menyebut beberapa nama). Permainan ni bukanlah macam Millionaire ataupun Saidina, tapi lebih daripada tu. Siapa yang nak ke Bengkel Casflow 101, bolehlah ke sana.

Jadi, sebenarnya aku tak pernah pun main Cashflow ni sama ada versi game mahupun board. Dulu masa kelas Strategic Management, kitorang main permainan (lupa doh nama permainan tu!) camne setiap syarikat nak market kasut untuk peringkat global. Permainan tu guna sistem komputer, tapi lecturer akan ubah situasi seperti kos bahan naik, upah pekerja naik, ekonomi meleset dan sebagainya. Aku rasa, kelas camtu patut dedahkan dengan permainan camni.

Lagipun Robert T. Kiyosaki ada cakap, “Sebab utama orang menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka belajar di sekolah bertahun-tahun tetapi tidak mempelajari apa-apa tentang wang. Akibatnya, mereka menjadi hamba wang… tetapi tidak pernah belajar supaya wang menjadi hamba mereka.”

Pasni ada beberapa buku yang aku nak baca. Bukan beli tapi pinjam kat library. Buku tu pun bukanlah novel-novel cintan-cintun atau melankolik, tapi berkaitan dengan bisnes dan pengurusan kewangan.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Gravatar Comment by Bat
2008-05-02 06:44:00

Kecik molek buku ni. Selalu nampak kat MPH ngan dalam blog internet marketer, hehe. Tapi tak pernah baca lagi..

 
Gravatar Comment by arynet
2008-05-06 01:18:07

Bat pantang nampak buku, asyik nak beli je.. hehe.

 
Gravatar Comment by emme
2008-05-06 12:51:41

Hari tu ada jugak pegang2 buku bapa kaya, bapa miskin ni… Tapi belum ada niat nak beli, agak2nya apa isi kandungannye ya? :)

 
Gravatar Comment by ikhwan
2008-05-14 01:33:49

isi die psl ayah die yg kaya raya tp xpandai skola n bapak kandung die yg pandai tp miskin…die bg perbezaan antara dua org bapak die ni…gaya pemikiran berbeza…kalo rasa2 boring bli la satu…aku dah bc dah…mmg ko akan nmpak bende 2 pernah berlaku dlm diri ko..hahaha. lg satu aku nak rekemen buku dr azizi ali gak. lyn gak…kalo robert kiyosaki dr hawaii azizi ali dr malaysia…hehehehe…

 
Gravatar Comment by ikhwan
2008-05-14 01:47:34

lpe nak tanya plak…lecturer ko pakai game ape masa ajar ko 2? cube ko igt blk…cam menarik jek…

 
Gravatar Comment by +saupix
2008-05-20 20:31:25

Last aku baca buku nih thn lepas… serius buku nih byk mengubah persepsi aku ttg uwang… hahah.. ada plak versi BM mungkin lebih mudah difahami.. :)

 
Gravatar Comment by zam
2008-06-20 00:21:53

aku dah baca yang versi inggeris.salah satu plot ialah ketika penulis bebudak lagi. bapak kaya mengatakan jangan fikirkan untung dulu semasa bisnes,jadikan bisnes nie sebati dgn jiwa kita dahulu.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.