Periksa resit sebelum meninggalkan kaunter pasaraya besar
Tengah hari tadi, selepas makan 2 biji Roti Boy di Alamanda, tekak terasa dahaga. Jadi aku dan dia pergi ke bahagian sejuk beku dan mencapai 2 tin Root Beer A&W. Harga tertera di rak peti dingin tercatat RM1.20. Kami ke kaunter bayaran.
“RM2.60″ Kata cashier lelaki.
“Aik, bukan RM1.20 ke satu? Harga kat sana RM1.20″
“Harga kat sini keluar RM1.29″ Kata cashier lagi.
“Pelik….” Dulu kat sebuah kedai penjagaan diri pun jadi camni, harga display lain, harga di cash register lain.
Jadi, lepas minum (tak habis sebab muak) kami mula menyiasat. Dah pasang angan-angan nak snap display price air tin tadi. Lepas ke tempat air tin tadi, sah harga dia RM1.20. Jadi sepatutnya untuk 2 tin air harga dia RM2.40 dan bukannya RM2.60. Cis, adakah ramai yang telah terlepas pandang dan menyedekahkan wang mereka kepada MNC yang dah kaya-raya camni! Kalau barang lain tidak di-up-to-date harganya antara display price dengan cash register price, berapa banyak wang orang ramai di ambil?
Sebelum balik (sebab nak redeem tiket parking free), kami komplen kat kaunter customer service. Perempuan tu terus bercakap dengan walkie-talkie tapi tak bersahut. Sebab dia pun malas nak tunggu lama agaknya (atau takut kena fire dengan customer) dia pulangkan RM0.20 tanpa di minta.
*** Entri untuk beberapa bulan tanpa kemaskini. Hehe.







dulu masa aku keje cashier kat parkson pun slalu berlaku gak camnie. Kira salah orang yang update rege kat cash register tue. So, supervisor aku cakap, amik harga yang terendah. Cam kalo display lagi murah dari kat cash register, amik rege display. Kalo yang cash register lagi murah dari display, amik yang cash register nyer..hehe
masalahnya cashier kat situ nak jugak ikut harga kat cash register yg salah tu… mau je pelempang cashier tu! :p
betul. walaupon 20sen kena tegas dalam hal-hal macam ni.
20 sen kali dengan 10 000 orang
tak ke untung gila depa tu
seposen atau doposen kita jangan terlepas pandang,
kalau nak berurusan kena pakai duit kecil duit seposen pun kena ada juga
Mereka ini memang nak duit lebih nanti saya nak tulis sedikit artikel tentang dan pengalaman saya bekerja di Pasaraya
wah, aku kalau gi alamanda, rotiboy la aku kejar dulu.. hehehe..
Hurm.. harap diorang lebih berhati2 la yer.. customer bukan x skolah macam orang dulu2 lagi.. semuanya belajar tinggi2.. tak tinggi pun, kesedaran pada hak diri sendiri tu dah cukup menebal.. jgn harap nak kentong..
Bro, lama x update.. ni aku komen kat entri bulan lepas. isk isk
Erm roti boy aku kurenglah sbb kering tekak aku mkn roti situ..
Bab resit ni yg rajin tgk kawan aku huh..aku kalau beli byr jerk..cuma kengkadang kalau beli brg dapor byk2 jerk rajin plak aku menelek nya
resit tu penting…
dah lame tak makan roti boy
wizurai… update! update!
penting wo resit untuk claim kat office nanti hahaha
memang ramai yang cuba menipu cara halus ni.. kadang2 tu ramai yang tak perasan sebab sikit je jumlah yang ditipu tu..
$0.20 tu kalau 1000 orang kena sehari huhuh… dari situ dh boleh byr api dan air n beberapa pekerja
huhuh
aku pun pernah terkena kat psraya besar kat sbn 2.nama dia Txxx0.harga baldi tulis rm 11.95 bila scan jadi rm 13.95.nasib aku check bill.beli 2 pulak tu.aku tanya ceshier dia kata complen kt costomer service.aku buatlah tp yang aku geram bole selamba staff tu kata tunjukkan tempatnya. mcm x caya pulak .ingat kita menipu.bila dah tengok selamba pulak ckp…ini promotion lama.amboi..amboi..berapa orang dah tertipu.pikir la sendiri
Ho ho ho… biasa tu. Yg aku nk share kat sini adalah 2 layanan berbeza bila pelanggan komplen. Drpd pengalaman, klu kat pasaraya J***o, biasanya aduan kita dilayan dgn baik, dan kalau mmg harga salah, boleh refund time tu jugak. Tp klu kat G***t dkt rumah aku, cashier, guard dan ‘runner’ (runner ke? dah tu dia dok sebelah cashier… bila aku ckp harga salah… dia terus lari ke dalam pasaraya… cashier pula main2 isyarat mata ke satu arah - kamera ke? bilik kawalan? Mana aku tau…) pakat kata harga betul. Sedangkan sebelum tu aku dah sahkan harga Pampers Jumbo yg lebih rendah berbanding harga promosi pek kecil dengan staf G***t berkemeja-T hitam dengan logo G***t yg kebetulan ada berhampiran. Bila check balik kat rak lps aku komplen… wah… MAGIK! harga dah tukar yg terkini…! Pantas betul le ‘runner’ dia.. aku kensel le sbb beza harga yg aku tengok RM29.90 dh jadi 49.90… gileer… sapa nak beli. Lg sakit hati bila cashier beriya2 menafikan ada staf G***t berkemeja-T hitam … aku yg buta ke… siapa?
Wah… dah jadi entry baru nih.. sorry le Tuan Rumah… emosi!!! KA KA KA KA
duit aku mmg dapat balik la ari tu tp pengajaran la kt aku yang selama ini merasakan semua psraya ni perfect dr segi service.up to date.memang aku x pernah check pun , tp tergerak ati time tu. ada hikmah la tu.semenjak hari tu aku akan kira pakai hp dulu brg yang aku beli.takut pisang berbuah dua kali…eh..eh..
x pernah lagi mengalami situasi seperti di atas sbb x penah check resit..heheh , so next time .. mesti kene check jugak..
Fuyoo!! Pengguna Bijak!