RSS Feed for This PostArtikel terkini

Mari makan donut

Pavilion KL dah beberapa kali aku pergi. Sebelum ni tengok Anak Halal dan Cuci di GSC sini. Kat Pavilion ni jugak aku terserempak dengan Ladyazurt. Cuma setiap kali aku ke sini, bila aku turun ke Food Republic menerusi tangga bergerak, mata mesti terpandang pada kedai yang selalu ramai orang beratur iaitu kedai JCo Donuts & Coffee.

Antara kedai dan kafe kat sini, JCo Donuts antara yang menarik ramai pengunjung, dari pemerhatian aku sendiri. Mungkin orang gemar melihat donut yang di buat live di depan mata atau mungkin rakyat Malaysia ingin mencuba produk dari francais Indonesia ni.

Jadi, arini aku pun cuba jugak la nak merasa apa yang hebatnya JCo Donuts ni, walaupun kena beratur panjang. Mula-mula nak beli 2 ketul sorang aje, tapi bila dah pelayan tu cakap baik beli 1/2 dozen lagi murah maka kami pun beli la 1/2 dozen (lunch dah makan koteow kantonis kat Food Republic). Memang murah la kalo beli 1/2 dozen, kena bayar RM11.50 untuk 6 biji. Harga sebiji adalah RM2.30, kalo beli 1 dozen atau 2 dozen dapat lagi murah tapi siapa nak makan banyak-banyak kan?

Antara yang berjaya di makan petang tu donut Al Caponne, Jacky Chunk, Crunchy Crunchy. Owh, rupa-rupanya donut diorang ni lembut dah sedap jugak. Tak rugi kami beli petang tu walaupun takde dalam budget arini sebab dah tengok Dunia baru the Movie tengah hari tadi.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

30 Comments »

Gravatar Fahmishah said:
2008-02-11 00:19:51

aku belum pernah try donut baru neh…nak try gak la nanti

Gravatar datin sofiah said:
2008-02-27 11:49:19

check dulu halal ke tak ada gelatin tau. tapi yang pasti tiada halal jakim, dunkin donuts ada.

 
Gravatar saga merah said:
2008-04-07 22:18:05

Nak tau halal ke tak jco ni. i dah cari merata kat internet tapi tatau betul ke tak halal sbb ada org industri cakap bahan2nya kemungkinan besar tak halal dan glaze dibuat dari lemak haiwan. minta tolong beritau kalau jco dah dpt sijil halal. teima kasih

 
 
Gravatar Khai said:
2008-02-11 04:45:05

makin sunyi sepi la dunkin donout macam ni.. lagipun x sangka ramai orang beratus semata2 untuk beli donout… giler kentang!

 
2008-02-12 11:00:50

Kena try nie.. Cis.. Nampak sedap jer..

 
Gravatar shadowX_19 said:
2008-02-12 12:56:03

sedap ke..? aku tak pernah layan donat2 ni. kalo roti minat a

 
Gravatar Mohd Ismail said:
2008-02-12 13:39:55

iskk.. kene try ni bila2.. ha ha :) ade org sanggup dtg ari2 tu nak makan donut J.co ni.. gila kentang

 
Gravatar azurt said:
2008-02-12 16:16:27

hmm… tak pernah try JCo ni gak.. tension tgk org asyik beratur, tu yg buat malas nak mkn.. huhuhu

 
Gravatar loque said:
2008-02-12 18:39:46

ellow..
first time aku lepak kat sini..
blog ni nampak menarik seh..
datang ler blog aku n comment ler…

 
Gravatar chot said:
2008-02-13 10:26:11

jco donut mmg dah fofular dimana2…tapi aku masih belum dpt merasainya lagi..

 
Gravatar catzer said:
2008-02-13 16:54:15

bleh cuba ni, yummy yummy..kat seksyen 18 ni org sanggup beratur panjang untuk beli goreng pisang jerk tau..lebih hebat, gile kentang :D

Gravatar Wizurai said:
2008-02-13 20:47:35

Shah Alam? tu pun ramai yg tau…

 
 
2008-02-14 10:08:46

Hi wizurai tq la singgah blog aku ek :)

Jgn mrh ek memang blog aku tu “meriah”…

Aku tak penah beli donut la. tak kira la Dunkin ke J.CO ke… Sedap ke?

Kalau aku pi Sunway, aku biasa beli 1901 or Crispy jer… Sedap wooo… :D

 
Gravatar ku ina said:
2008-02-14 17:12:24

sedap yer, emmm bila nk sampai Kangaq ya?

Gravatar afham said:
2008-02-14 21:52:22

ulu ar kangaq

 
 
Gravatar KNizam said:
2008-02-15 20:08:14

J.Co neh kan daripada mula2 buka masa bulan puasa sampai la hari neh sentiasa penuh. tapi glazzy donut dia memang melt in your mouth la. memang sedap giler wa cakap lu. heheheh

saya pun sanggup buat sepcial entry untuk j.co neh kat sini - http://knizam.com/jco-donuts-coffee-pavilion-kl/

hehehehe

Gravatar afham said:
2008-02-16 00:56:01

kalo die bukak tghari dah lain macam je tu… ehem..

 
 
Gravatar Hairie said:
2008-02-18 18:47:22

smlam aku try kt One Utama..ingat stock2 cm donut 3 seringgit je..tp sodap gak huhu..

 
Gravatar angel_baik said:
2008-02-19 16:10:21

dunkin donuts pun blm sampai penang lagi.. (rasanya la…). Jco nie ntah kurun ke baper la baru leh rasa… huhu..

 
Gravatar azmie said:
2008-02-20 21:36:39

aku berjaya times square pn tak penah terjamah laie…inikan pula pavillion…warghh didn’t have the time!!!

 
Gravatar titan said:
2008-02-21 16:08:06

Dah lama gila aku tak makan donut nih. Huhu..

 
Gravatar syia said:
2008-02-23 11:55:36

uikz.. syia dengan ayah syia pun pernah beratur lame nak beli.. setakat ni syia rase donut ni antara yang terbaik cume kadang2 tu rase bile makan.. OVER DOSE gule je

Gravatar manis said:
2008-02-23 15:49:59

betul..kalau makan hari2..percentage nak kena kencing manis amat tinggi..tinggi sangat..tak hairan ramai org malaysia kena..sebab dari teh tarik, makanan, minuman semuanya manis :D

 
 
Gravatar Mira said:
2008-02-28 01:31:13

JCo Donuts!! Selalu gak bli donut nie kalo pegi shopping mall kat jakarta. Kat malaysia, itu la satu2nye branch kan. Sbb tu ramai org bratur pnjang..

Kat jakarta nie ade byk lagi donut2 lain. Bukan stakat Dunkin Donuts ngan JCo nie je. Ade iCrave, Krispy Kremes, Country Style, etc.. Tapi antara byk2, memang JCo paling best! ^_^ Dunkin memang tak layan dah. :-P

Gravatar Wizurai said:
2008-02-28 10:10:20

selain Pavilion, kat Sunway Pyramid pun ada…

 
 
Gravatar catzer said:
2008-03-02 13:59:52

semlm aku nampak kat subang parade pun ada org beratur gak..kekeke, aku tak addicted sgt kat donut so takde masa aku nak beratur pjg2. :p

 
Gravatar mai said:
2008-04-26 23:31:10

sedap ke…biase jer…

 
Gravatar BapakSemut said:
2008-09-11 21:31:49

…hu2..
..aku memang suka gler mkn donut nih…
..sumer jenis donut aku try…
..masa BigApple kt the Curve ..mula2 bukak dlu..aku snggup beratur pnjang nak rasa donut brand baru..
..sama ngan J-Co gak..kat pavvillion…
..at last kesimpulan aku…DunkinDonut jugak still the best..gerenti halal, gerenti kenyang..nak beli pun tenang..skang leh byr ngan TnG lagi ..(tapi aku guna kad bapak aku la…kekeke)
…BigApple ngn jco..mula2 taste memang ok..tapi at last aku realized..donut kecik..bnyk minyak..dan tak kenyang..

 
Gravatar Cikanot said:
2008-09-11 21:37:07

betul tu bapaksemut, aku setuju!!
BA & JCO, dia punya filling pun kurenggg..

harap rupa je cantik..
hhuhuu

 
Gravatar SYAZA said:
2010-02-19 20:08:30

SEDAP NYE….

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.