Domain sendiri di Blogspot

Kadang-kala, memiliki nama domain yang panjang menyukarkan rakan-taulan mahu pun client mengingati nama tersebut. Lebih mencacatkan jika nama domain yang panjang diletakkan di dalam kad perniagaan atau pun letterhead perniagaan.
Bayangkan jika nama domain wizurai.blogspot.com di ringkaskan menjadi www.wizurai.com. Tentu lebih mudah di ingat dan lebih cepat untuk ditaip. Mana satu yang perlu dibeli dahulu, nama domain atau hosting? Saya secara peribadi berpendapat nama domain lebih penting berbanding membeli hosting terlebih dahulu. Bayangkan jika nama domain yang anda idam-idamkan, yang anda sanggup berjaga lewat malam semata-mata mencari nama yang sesuai, tetapi dengan sekali klik ‘Search’… BOOMMmmm!!! Nama berkenaan telah pun diambil orang. Sedih bukan?
Ini ada sedikit tutorial, tak perlulah saya buat ebook selepas ebook percuma pertama yang saya hasilkan dulu. Ia berkenaan bagaimana anda boleh menggunakan nama domain sendiri tetapi host di Blogger a.k.a Blogspot.
Langkah 1
Beli dulu domain yang anda idamkan. Promo - Anda boleh dapatkan domain pada harga RM28 RM30 di www.wizurai.com/domain.
Langkah 2
Buat setting CNAME rekod pada nama domain anda. Cara setting ini bergantung kepada pendaftar domain anda. Setkan CNAME rekod kepada ghs.google.com.
Promo - Sesiapa yang telah membeli domain dari Wizurai dot Com, boleh email saya jika ingin tahu tips setting CNAME tanpa perlu membeli hosting.
Langkah 3
Setting nama domain di Blogspot. Log masuk ke akaun blogspot anda, klik Setting > Publishing > Custom Domain > Advanced Setting.

Masukkan nama domain anda yang telah di setting CNAME rekod tadi (seperti gambar di bawah).

Tekan butang save dan anda sekarang boleh menggunakan nama domain sendiri menggunakan host Blogspot. Bravo!
P/S: Ini bukan paid review. Hohoho…






Adui bro. Kau nyer campaign tu sampai bulan berapa? Hu3. Kalau lama lagi, nak gak sebat lagi satu domain. Tapi lambat lagi la. Sebab nak tunggu besday aku. Hua3.
ko nak beli besdayaku.net ke? muahaha…
syia pun nak beli jugak la.. tapikan if orang masuk link syia.blogspot.com walaupun dah tukar domain sendiri.. nanti dorg tak leh access pkai domain blogspot.com ke? atau boleh?
kalo dah custom domain, abc.blogspot.com akan automatik redirect ke abc.com sebab abc.blogspot.com dah setting domain baru… domain sendiri akan host di blogspot…
Hak3. Kau memang kejam. Takde la. Aku ada plan satu domain ni. Hu3. Btw offer ni bukak sampai bile?
sampai bile? aku belum dapat ilham lagi bile nak tamatkan campaign ni… yosh…
memang bagus apa yg saudara lakukan..sekurang-kurang semakin ramai blogger pro yang lahir
gila punya murah.. ingat nak sebat satu.. selagi ade kempen… bulan depan bro.. insyaAllah… kekalkan campaign ni sampai bulan depan k.. hehe
Hm, cam besh! Leh aku rembat membebel.net. Oi nama aku dah tempah tuu. Jangan curik! Muahaha.
Ermm… ok juga klu dapatkan domain 1 lagi. Host yg ada skang ni pun tak abis pakai uhuhu.
xperlu guna wordpress la mknanya?
maksudnya? ini bagi sesiapa yg ada account di blogspot, boleh buat custom domain. jadi, org lain tak perlu menaip nama domain yg panjang…
faham2..
cam menarik je..tapi kat blogspot je ke..??
nak angkat domain ntuk blog apa-saje seketul…..pkai hosting blogspot bleh kan???….RM28 ni ntuk tempoh berapa tahun
RM28 untuk tahun pertama bro…
thanks kepada saudara wizurai kerana sudi menaja domain untuk emp3s.blogspot.com …
welkom to our new domain name… http://www.emp3-download.net …
ko tak nak menaja domain utk aku gak ke? hakhakhak..insya-Allah, dlm masa terdekat..
aku dah beli domain kat tempat lain… lepas aku beli baru aku tahu wizurai nie.. tapi servis yg aku dapat dari situ tak memuaskan.. sebab aku tgk wizurainya lagi ok… so macam mana nak buat… boleh wizurai bantu aku..
wahh….cam mnarik jerk ni bro….kalo taon petama rm28….taon kedua baper plak?hikhikhik….tingin nak ader domain senirik….
afeera.net cambest gak tu~!!