RSS Feed for This PostArtikel terkini

Dilema memilih Menteri Besar

Seperti yang diketahui umum, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor terlepas dari pimpinan BN dalam PRU 12 Sabtu lepas. Ini bermakna, keempat-empat negeri berkenaan akan dipimpin oleh sebuah kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas - walaupun Presiden Pas sebelum ni berkata yang Pas takkan buat pakatan bersama DAP, tapi selepas tsunami politik tempoh hari, kata-kata itu seperti di tarik balik.

Maklumlah, bila pakatan alternatif ini berjaya menawan beberapa negeri tanpa diduga, mereka boleh pulak duduk semeja untuk berkongsi kuasa. Maklumlah, masing-masing kepingin nak ada wakil yang pegang jawatan MB. Walaupun Pas memenangi kerusi DUN paling sikit berbanding DAP dan PKR di Perak, pihak Pas telah mencadangkan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak.

Tentulah DAP yang memenangi kerusi paling banyak tak suka bukan? Padahal dalam peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di semua negeri beraja Melayu menyatakan bahawa, MB mestilah dikalangan Melayu dan beragama Islam. Apa DAP ( yang merupakan serpihan PAP - yang di asaskan oleh Lee Kuan Yew) masih tak faham atau buat-buat tak faham? Sehingga Lim Kit Siang memulau untuk tidak datang ke majlis angkat sumpah MB Perak? Petanda pakatan alternatif sememangnya tak pernah ngam (tapi buat-buat kononnya ngam)?

Pautan menarik:-
Kit Siang bantah Nizar sebagai MB Perak
Khalid angkat sumpah MB Selangor esok
Maimun hilang deposit, diserbu syarikat penyiaran

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Gravatar Comment by zool
2008-03-13 14:31:08

Dilema hampir terjawab..
Semoga menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya

Gravatar Comment by afham
2008-03-15 11:39:07

sume dah ade kan skang nie..

 
 
Gravatar Comment by catzer
2008-03-14 19:26:26

Len kali buatlah pakatan sesama bangsa dan agama,kekeke depa silap besar salah lokasi membuat pakatan. Lupe nak baca Undang-undang. Apapun semoga yg memerintah tu biarlah org islam..selamat dah satu negeri, Penang dah bakal jadi Tanah Besar..kekeke

 
Gravatar Comment by wanaz
2008-03-18 22:57:40

pe pun.. biarler BN terkejut sekejap dan menjadi lebih baik dan kuat lepas ni..
agak2 pak lah tak nak letak jawatan ke??ekekeke

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.