Bila kereta dicium!
Entah badigol mana yang buat aku marah di hari pertama Ramadhan, semuanya gara-gara kereta ayah aku dicium dan disondol tanpa pengetahuan aku. Bukan setakat calar, lampu depan belah kiri turut retak dan pecah sikit. Dahle langgar, takmau datang ketuk rumah atau tinggalkan nota supaya boleh aku hubungi untuk pampasan! Cis sungguh! Terpaksa la aku menjawab menjawab dengan ayah aku pasal kereta kena langgar lari

Hari kedua puasa, kerata kena langgar lagi. Bahagian belakang pulak. Kali ni aku memang ada dalam kereta tapi time aku keluar kereta untuk lihat kesan calar, kereta yang langgar tu main blah camtu aje. Cis sungguh! Memang ba*i la kedua-dua orang ni.








ko parking mcm mane time tu? kdg2 driver lori @ driver pajero ni kalu kereta menghalang mereka untuk jalan, mereka akan main langgar je.. depan mate aku tu berlaku..
yg kes kedue tu nape ko ta kejar siol.. huu bole terbakar hati tengok kereta mcm tu blah gitu je lepas langgar..
yg 1st, aku dah parking baik depan rumah… siap atas rumput lagi. mungkin ada 2 kereta nak berselisih sebelah keta aku, dan mungkin dia tak pandai control stereng, keta bapak aku jadi mangsa (dok rumah teres ni memang ramai parking dekat tepi jalan tar tu)…
yg 2nd, sebenarnya yg langgar jiran sebelah rumah awek aku, kena time aku nak amik dia… jiran tu aku ingat bila aku keluar dari keta maybe dia pun akan berenti dan kuar dari keta tapi dia blah aje… nak cari gaduh kami baru 3 bulan pindah dan mesti ari-ari ngadap rumah dia… tapi takpe, ada peluang aku nak calar keta dia… huhu!
jiran ape seh mcm tu.. pergh.. aku pulak rase hot..
senasib la kita…saya pon kena juga awal tahun ni…sedeh tol…
bulan lps ketika tgh ngantuk2 aku telah cium tiang ruang sendiri..tertonjol keluar lampu kete..aiyak..