RSS Feed for This PostArtikel terkini

5 Laman Web Kegemaran Wizurai

Tag ini datangnya dari Mohd Ismail dahulu sebelum Khai pun turut mengenakan aku dengan tag yang sama. Terima kasih kalian kerana memberi peluang aku memulakan entri di awal March ini. Ini adalah antara laman web yang menjadi kegemaran, kadang-kadang kegemaran boleh bertukar mengikut mood. Ingin aku jelaskan jugak yang laman web kegemaran ini bukanlah mandatori untuk di tatap setiap hari.

1. Google Reader - www.google.com/reader

Dengan adanya Google Reader, aku dapat membaca entri-entri tanpa perlu melayari laman web atau blog untuk mengetahui apa yang telah dikemaskini oleh web/blog yang telah aku subscribe. Lagipun, aku lebih gemar membaca entri daripada memberi komen untuk entri berkenaan, jadi sudah semestinya Google Reader adalah perlu untuk aku.

2. Weblog Tools Collection - www.weblogtoolscollection.com

Nama pun dah koleksi, dalam web ni terhimpun pelbagai entri berkaitan dengan blog dan Wordpress. Antara yang dihidangkan adalah theme dan plugin untuk WordPress. Dari sini aku cuba dapatkan theme dan plugin untuk projek-projek aku yang lain.

3. ProBlogger - www.problogger.net

Dah nama pun ‘pro’, Darren Rowse menjadikan internet sebagai sumber pendapatan beliau. Aku bukanlah ingin meniru cara beliau mendapatkan sumber pendapatan melalui internet secara total, cuma kagum bila melihat beliau dapat mengemaskini blog tersebut secara konsisten dan berkongsi tips dalam blog tersebut.

4. Blogtitude - www.blogtitude.com

Selain Google Reader, Blogtitude aku jadikan medium untuk melihat entri-entri terbaru yang mana ada di antara feeds mereka tidak terdapat dalam senarai Google Reader aku. Dulu aku gunakan Fakapster (mereka berehat seketika?) tapi kini beralih pada Blogtitude, harap diorang ni pun tak ‘berehat’ jugak!

5. myGovernment - www.gov.my

Bukan sekadar nak lihat jawatan kosong terbaru di sektor awam, aku juga cuba mencari info-info berkaitan dengan perniagaan di sini. Tahun lepas aku pernah menggunakan aplikasi untuk membuat carian nama perniagaan untuk biz aku. Ini dapat mengurangkan kos dan masa berbanding jika aku ke SSM yang terletak di The Mall.

Maaf, aku tidak menyebarkan tag ini kepada sesiapa. Jika ada yang datang ke sini dan ingin berkongsi tag ini, anda di alu-alukan. Yosh!

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Gravatar Comment by Fahmishah
2008-03-02 00:30:49

tak satu pon menjadi kegemaran ku..huhu

 
Gravatar Comment by Bat
2008-03-02 03:04:35

Yang sama dengan aku, google reader dan sudah pasti, blogtitude(Terharu aku sebab Wizurai pun guna jugak).

Banyak blog orang Malaysia lain yang aku minat baca(dah tentu guna google Reader).

Nanti bakal ada satu website(Web App) yang mungkin orang akan suka/tidak..Err, ini bukan projek HPM tau, =)

 
Gravatar Comment by KNizam
2008-03-02 23:16:05

saya pun suka dengan google reader tuh :)

 
Gravatar Comment by MK
2008-03-03 17:12:58

Weblog Tools Collection… nice2
tengkiu2

 
Gravatar Comment by Khai
2008-03-08 04:32:40

aku sama seperti Fahmishah..

 
Gravatar Comment by Din Beramboi
2008-03-08 19:52:23

Aku sama mcm Fahmisyah…1 pun aku tak sama ngan ko wahai wizurai ku…Hee.

 
Gravatar Comment by dekan
2008-04-04 21:34:18

sama dengan khai = fahmishah = din beramboi.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.