RSS Feed for This PostArtikel terkini

Transformers

Sungguh-sungguh-sungguh hebat!!! Lebih hebat berbanding Spider-Man 3 dan Pirates yg dah aku tonton kebelakangan ni. Puas hati kalau pergi tengok kat wayang. Jalan cerita yg menarik dengan kesan bunyi yg baik dari arahan Michael Bay. Aku suka filem ni setelah ia mengisi masa kanak-kanak aku di layar tv. Siapa yg tak tau tentang Transformers kan?

Transformers

Aku suka bila dia kaitkan dengan eBay dan PayPal. Apa kaitan antara eBay dan Transformers? eBay laman lelongan… mungkin ia juga tempat para peminat mendapatkan model-model Transformers dari generasi pertama hingga terakhir pada harga yg murah. Tapi dalam filem ni, secara tak langsung eBay di promosikan setelah ada seorang ahli yg menggunakan nickname Ladies Men.

Lupakan tentang eBay, dalam filem yg memang macam filem perang ni, secara tak langsung Amerika menunjukkan kekuatan ketenteraan diorang… dah le tunjuk askar diorang kat Qatar… why not letak Afghanistan atau Iraq saje? Tak pasti sama ada propaganda diorang ke, tapi watak Setiausaha Pertahanan di Pentagon tu saling tak tumpah macam Donald Rumsfeld (wikipedia siapa Donalds Rumsfeld?)… aku rasa la. Antara yg lucu, scene kat rumah Sam masa dia nak cari cermin mata… geng-geng Transformers tu menyorok-nyorok. Juga time tu mak Sam dapat tau nak dia dah bawak balik awek… konon-konon anak dia dah hilang teruna agaknya… tu yg mak dia happy aje. Part-part situ memang kelakar la.

Pada yg belum tengok, pergilah tengok. Memang best!!!

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Gravatar Comment by chika
2007-07-02 00:17:47

nak tau tak.
saya tak suka action movie.

AHAHAHHA! perempuan sejati… *proud*

 
Gravatar Comment by chika
2007-07-02 00:19:25

eh. aku komen first.
*proud sekali lagi*

 
Gravatar Comment by Fahmishah
2007-07-02 05:58:15

best citer dia..nak tgk lagi skali

 
Gravatar Comment by fysal
2007-07-03 20:31:25

nak apa komen aku ttg filem ini…mengecewakan……………. darisegi plot dan rekabentuk watak yang digunakan..betul2 mengecewakan

 
Gravatar Comment by Darkz05
2007-07-04 14:56:01

well, apa lagi yg boleh dikatakan tentang filem transformers ni. MEMANG BEST!!!

 
Gravatar Comment by ikoko
2007-07-04 20:07:38

aiyak.. nape semua orang pun suka transfomers ni?

apa kelasssss laaa…

:P

***mati la kena serang dengan kipas-susah-mati transformers..

 
Gravatar Comment by Imo Imora
2007-07-05 13:30:15

Adoi.. memang nak tengok tapi tiket asyik full je la. Minggu depan insyaallah pergi.. :-)

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.