Tiada lagi cetak rompak?
21 May 2007
Jalan-jalan Cari Pasal, Wizurai & Co.
Arini aku luangkan masa sekejap kat Sungei Wang Plaza dengan Plaza Imbi. Ingat nak cari software untuk pc aku. Tapi, macam tak percaya… kat Plaza Imbi dah takde jual CD lanun² ni. Aku tak jumpa… tak tau la kalau ada kat mana² terselit atau dijual secara sorok². Aku balik hampa.
Memandangkan aku park motor kat Sungei Wang, aku pusing² level bahagian IT tu sebelum balik. Hampa lagi. Kedai² yg sebelum ni ada jual CD game, software, anime, hentai dan macam² ada lagi… telah bertukar menjadi kedai yg begitu ’smart’, ada ala² futuristik sikit yg jual barang² komputer ni.
Nak ke Low Yat Plaza aku kurang berminat ke sana. Jadi aku balik aje. Mungkin selepas ini ke Mines Shopping Fair pulak.






salam…
nampak sangat da lama ko x cari CD/DVD lanun. kalau ko naik low yat pun, da xde da CD lanun. Semua da pindah da, ke satu tempat rahsia…
bertahun jugak la aku tak cari CD cetak rompak ni…
DI WARTA BANGI ADA SEMUA TU…CUBA KO PEGI..
kat Warta Bangi mahal banget…
masa aku kat UKM dulu, aku pernah usha kat Warta tu…
baik beli kat Mines…
bagus jugak dah takde.. sbb bende2 cetak rompak ni kalao kat internet kite download free tapi mereka cha ya nun alif amik kesempatan buat duit utk jadi kaya raya…
ade lagi la jual cd situ.. kt imbi tu.. ko tanye leklok.. x pun ko tempah melalui pekerja kt ground floor tu
aku pegi aritu awal lagi… byk lagi shop lots yg belum bukak… maybe pasni pegi ptg² skek ada la jumpa benda tu…