Terengganu kite!
24 Jul 2007
Jalan-jalan Cari Pasal

Hujung minggu lepas aku berada di Terengganu. Lepak di apartment Awana Kijal berhampiran dengan kampung boss aku. Lepak sana sebab senang nak ke rumah pengantin perempuan a.k.a boss aku sendiri. Semua perbelanjaan penginapan dan perjalanan boss yg tanggung. Kitorang staff ni gagah le datang dengan Kancil 660 tu, nasib baik semua okey.
Aku suka ke Terengganu ni. Perjalanan bersebelahan laut dengan permandangan pokok kelapa. Cantik bila melihat laut dari dalam kereta, apa lagi kalau singgah berhenti di mana-mana pantai.
Boss aku kahwin hari Sabtu. Jumaat tidur di Awana Kijal dan petang Sabtu tu berlepas pulak ke Kuala Terengganu. Lalu di Kerteh tempat Petronas tu pada waktu malam cukup mempersonakan dengan cahaya lampu. Singgah di Kuala Ibai untuk makan malam sambil berlatar-belakangkan Masjid Terapung. Aku order Nasi Goreng Spesial. Sedap bangat sebab udang dan sotong semuanya fresh!
Malam tu menginap di Hotel Alamanda Kuala Terengganu (glamer ke hotel ni?) memandangkan duit yg boss bagi tak banyak mana dah. Esoknya, Ahad kitorang ke Pasar Payang shopping sikit (banyak sebenarnya, dah le naik Kancil) cari keropok lekor, telur penyu dan sebagainya. 5 orang naik Kancil, beg pakaian penuh di belakang tambah pulak dengan barang-barang shopping di kaki masing-masing… satu perjalanan yg menyeronokkan.
P/S: Kredit foto untuk nadio.






perr..bestnye..jalan2 smue free la ni eh… mesti kawan besar besaran
Sedapnye makan ikan goreng tepung kat Terengganu…
A’kum .. tau x resipi ikan goreng tepung…
klu tau leh bagi x?
cuba lah menjejaki Pulau Perhentian Kecil
anda pasti nak ke sana lagi
saya dah 3x ke sana
pernah dpt info sana lawa…
air laut jernih…
nak jugak pergi suatu hari nanti…
ganu kite bulehhh
ak hrp psukn bola sepk ganu dpt piala malaysia thun ni!! ganu buleh
ganu kte!!!
ganu!!!
(”,)