Perniagaan adalah seni

Arini aku ambik cuti. Pukul 9 aku naik LRT menuju KL Sentral dari Terminal Putra. Oh, walaupun sudah pukul 9 lebih selepas itu, LRT masih lagi penuh dengan penumpang. Agak-agaknya jam berapakah diorang ni masuk kerja? Sedangkan aku sendiri jam 8.30 pagi perlu berada di dalam ofis.
Sepuluh minit sebelum jam 10.00 pagi, aku dah masuk ke dewan taklimat PUNB. Kalau sebut PUNB mungkin ramai tak tau, kalau aku sebut Prosper, ada agaknya yg angkat tangan tanda tahu.
Sebenarnya, aku rasa semacam dah bosan kerja makan gaji camni. Jadi, aku ingat aku nak mohon pakej Prosper Siswazah yg diorang buat ni. Aku tengok pakej ni paling kool berbanding badan-badan atau agensi lain tawarkan. Bayangkan, walaupun kau mahu pinjam RM100K, kau perlu sediakan cuma RM500 sebagai modal kau sendiri. Mana nak dapat kat tempat lain?
Apapun, aku dah rancang 2 plan. Plan A modal agak besar tapi masih di KL atau Plan B modal kecil tapi aku terpaksa berhijrah ke Langkawi. Aku tunggu sama ada permohonan aku berjaya ke tahap seterusnya atau tidak.
Touch n Go di KL Sentral
Agak lama tak round-round sekitar KL Sentral. Rupa-rupanya kat situ ada CIMB Bank yg dah di buka, PTPTN one stop centre dan juga Touch n Go one stop centre. Aku berkenan pada kad Touch n Go versi terhad sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Gambar pada kad tu adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Aku beli satu walaupun sebenarnya aku dah ada pun 1 kad Touch n Go.
Sinar Harian di KL/Selangor pulak
Selepas pantai timur, akhbar kompak Sinar Harian terbitan Karangkraf cuba menakluk KL dan Selangor. Aku ambik yg free sempena promosi yg diorang buat. Dalam tu pulak ada promosi boleh buat iklan percuma untuk 3 hari. Hem, aku berkenan nak buat iklan percuma dalam Sinar Harian nanti. Kena fikir hari apa yg sesuai untuk masukkan iklan ni.

harap semuanya berjalan lancar. full commitment pada meniaga lagi bagus kan!?
aku pun dlm plan utk meniaga