Panggilan Pulau
Pukul 10.03am pagi tadi, aku dapat satu panggilan melalui handphone… waktu aku sedang sibuk dengan tugasan di pejabat. Nombor yg naik di skrin “Private Number”. Aku jawab aje. Orang tu memperkenalkan diri dari sebuah bank, katanya aku ada akaun di bank berkenaan. Katanya lagi, perbualan kami juga sedang dirakam.
Kemudian, dia mintak kebenaran untuk bercakap lebih lama… aku okey aje. Dia pun mulalah perkenalkan diri dan syarikat dia sambil memperkenalkan produk insurans yg ditawarkan salah satu cabang syarikat bank tersebut.
Dengan panjang lebar, dia cerita tentang polisi insurans tu serta 9 ciri-ciri kebaikan insurans tu. Aku sebenarnya malas nak dengar benda² camni. Pulak tu tentang insurans serta faedah² yg bakal aku dapat seperti kos rawatan percuma, dok hospital percuma la… just bayar RM60++ sebulan.
Dia cakap lagi, nak apply insurans ni cukup mudah tanpa perlu tandatangan kat borang… Kemudian aku kena jawab 3 soalan berkaitan penyakit kritikal yg kesemuanya aku jawab ‘tidak’. Seterusnya, sebab dia nak hantar polisi insurans kat aku, dia nak aku bagi 3 maklumat sebelum polisi tu boleh dihantar. Dia mintak alamat rumah atau ofis aku… aku bagilah. Kedua, dia mintak nombor I/C aku… dia kata dia ada setakat 821207 aje…
Aku cakap, “Nombor I/C ni susah sket nak bagi la kat orang… lebih² lagi kalau guna telefon ni”.
Dia tanya balik, “Ada masalah ke?”
Jawab aku, “Ha’ah… ada.”
“Terima kasih Encik….” Panggilan diputuskan,
PERSOALAN
- Kenapa kalau di pihak bank, dia tak tau alamat aku atau nombor I/C aku?
- Kenapa perlu call dan cerita panjang lebar selama lebih 11 minit… bagi la URL ke, boleh aku baca kat web bank tu?
- Ntah² soklan ke-3 selepas mintak nombor I/C adalah “Boleh berikan nombor akaun bank Encik….”
Malas nak layan. Lebih² lagi banyak kes orang yakin dengan panggilan camni dan akhirnya SCAM.

Wah.. bahaya tuh.. memang banyak la panggilan macam tu. adakah kurang selamat bila kita memakai Telefon?
okeh. ini boleh jadi aktiviti scam terbaru.. taktik terbaru…
jaga2 wahai rakyat Malaysia
WOW!
Macam ini pun ada sekarang taktik, kalau dulu SMS aje.
Jaga-jaga!
hati² kalau org mintak NAMA PENUH dan NO I/C… plus ALAMAT dan sebagainya…
mcm2 cara org buat skg ni eh. sabar je la.
Aku pun pernah kena tapi ajak join gym dia kat subang rasenya..wah..lama betul dia borak ngan aku…terpaksa la aku kencing cakap aku ada kat perlis sekarang ..nak gi bangkok minggu depan.lambat lagi balik mesia..haha
Uh! dia terus letak?
Biadab betol..
yups, dia terus letak lepas aku tak bg I/C number… elok jugak dia letak, sebab dia explain tu pun dah busan…
akhirnya sy ingat jln dtg ke sini. ha ha ha
seram eh panggilan tu. len kali tanya dia balik. nombor matriks nak?
Bro, baru-baru ni aku pun dpt panggilan jugak, tapi bukan dari bank laa.. Dari sykt yg kononnya nak bagi hadiah kat pelanggannya bermula pelanggan dari tahun 1982 sampai 2007..hahahahha..dia nak bagi hadiah kononnya sbg penghargaan kpd pelanggan sebab sykt tu dpt pengurangan cukai dari kerajaan. Aku layan jer, bila dah lama sanagt lama-lama pemanggil tu yg bosan, dia terus letak telefon..Padan muka..
Benda2 mcm ni dah tak boleh percaya, tak kiralah dari bank ke, sykt korporat ke, iklan MLM ke insuran ke takaful ke hapa ker. Biasanya, kalau diorang nak mengiklan secara profesional kepada pelanggannya, diorang akan hantar surat, terutama sekali pihak bank. Mana-mana bank kalau ada apa-apa urusan dgn pelanggannya, pihak pengurus bank akan hantar surat, kecualilah kalau dah kenal pelanggan tu, diorang akan guna telefon.
Tindakan bro utk tidak beri no. ic memang bijak.. Skrg, scam bukan di internet tetapi juga di flyers, telefon dan hanset kita. Dan pesan aku, lain kali kalau dpt panggilan telefon yg menunjukkan skrin “Private Number” jgn percaya langsung. Kalau nak layan, layanlah sampai diorang bosan atau kita yg bosan ataupunterus off hanset. Tapi, sesekali jgn percaya walaupun org yg call kita tu mendakwa dia kenal kita. Private Number adalah satu perkhidmatan nombor peribadi sulit yg selalu digunakan oleh scammer telekomunikasi utk menipu.
kalo pihak bank nak promote produk diorang, mesti hantar flyers kat rumah…
skang nak org nak buat duit cukup mudah… tak kira halal haram yg jadi darah daging diorang tu…
post yg menarik.. mengingatkan kes tipu cabutan bertuah. makin hebat ye para-para penipu di mesia.. haihs…. sedeh sungguh…