RSS Feed for This PostArtikel terkini

Kursus PROSPER Siswazah

Isnin hingga Rabu lepas aku berada di Delta Inn, Shah Alam untuk kursus Rancangan Perniagaan PROSPER Siswazah. Wow, 3 hari aku kat sana, bermalam selama 2 hari. Lepas dari memikirkan beban kerja sekejap.

Apa yang best bila datang kursus camni, semua peserta mind diorang semua pasal bisnes. Yang datang ada yang dah ada bisnes dan ramai sebenarnya yang masih belum mempunyai bisnes tetapi telah menjalankan bisnes secara sampingan mungkin.

Hari pertama lebih kepada modul kepimpinan dan motivasi. Manakala hari kedua dan ketiga fokus kepada penyediaan rancangan perniagaan. Kami di bahagikan dalam kumpulan untuk membuat presentation RP kumpulan masing-masing. Takde menang atau kalah, cuma lebih kepada pembelajaran dan tukar pendapat yang boleh dilakukan sesama ahli kumpulan. Sebab yang paling susah sikit dalam penyediaan RP adalah bahagian kewangan. Macam mana nak buat Profit and Loss statement dan Cash Flow yang baik.

PUNB menyediakan pembiayaan untuk memulakan perniagaan. Antaranya PROSPER Runcit, PROSPER Siswazah dan Pemborong PROSPER. Maklumat lanjut boleh layari laman web mereka.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Gravatar wanmus said:
2009-03-19 13:42:26

oo..bro gi sesi 2007.saya gi lewat skit dalam pertengahan 2008 yang lepas. Best tu memanglah best kan. Makan minum n tempat tinggal semua ditanggung tapi bayar RM50 je..hehehe

so sape nak cuma memohon leh lah daftar di website PUNB. di blog saya pun ada saya kongsikan sedikit cerita dan pengalaman bergambar tentang Kursus Prosper Siswazah ni

 
Gravatar zarizi said:
2011-08-08 20:22:12

saya pernah ambik exam dulu,tp sekadar dpt C saja dan tk cukup…boleh kah saya daftar semula?tq

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.