Kenduri kahwin di kampung
Sepatutnya entry ni di publish semalam, tapi lupa pulak nak tekan butang publish sebab tengah teruja bereksperimental dengan shopping cart.
Seperti entry lepas, aku bagitau yang aku balik kampung untuk perkahwinan sepupu-sepupu aku. Yeah, dua orang.

Musim tengkujuh telahpun melanda saat kami bertolak ke Kelantan. Sepanjang perjalanan, hujan turun mencurah-curah.
Dan, bumi Kelantan bermandikan hujan. Majlis persandingan sepupu aku Shima berlangsung dalam cuaca hujan sejak sebelah pagi lagi.

Manakala, majlis perkahwinan Abang Ayo berlangsung sehari selepas persandingan Shima. Mujur pada hari tersebut hujan turun pada sebelah pagi saja.

Sepanjang di kampung, aku dah diserang selesema. Gara-gara selalu terkena hujan. Perjalanan balik semula ke KL lebih bernasib baik sebab hujan tidak turun sepanjang hari.






kim salam kat diorang..huhu..ko bler wizurai? atau dah..? hehe