JERIT awal September
2 Sep 2007
Aktiviti, Art Event, Community
Aku kurang sihat arini. Tapi aku perlu jugak ke Hentian Puduraya beli tiket balik Raya untuk si dia. Lalu di Jalan Ampang, aku singgah sebentar di MTC. Kat sana ada art exhibition, band performances, screening dan macam-macam lagi anjuran UniKL Students dan Rantai. Event ni di panggil JERIT.
Aku kat situ dalam jam 2 petang. Kalau tengok dari Jalan Ampang macam takde apa-apa aktiviti kat MTC ni. Rupa-rupanya diorang buat kat belah dalam sikit. Aku jalan-jalan tengok art booth, takdelah banyak mana pun. Depan art booth, ada band performances agaknya… sebab masa aku sampai tu diorang tengah buat sound check. Tapi lambat sangat je aku tunggu nak tengok band performances, aku cabut ke Puduraya. Oh yeah, esok masih ada (esok bermaksud Ahad, sebab entri dibuat sekitar 12 tengah malam). Bolehlah korang datang kalau berkesempatan.







heheh..kalau’lah aku ada di KL ketika ini
tunggu Rantai Art Event Disember nanti…
kalau ko di KL, datanglah…
Rantai Art Event ako berusaha untuk hadir kali ini.. uhuhu
Aku memang berhajat untuk ke acara ini.. tapi memandangkan tiket dari JB ke KL habis… hasrat aku untuk turun semata event itu terpaksa aku batalkan…
Huh~