RSS Feed for This PostArtikel terkini

Jenayahkan perang

Siang tadi aku ke PWTC sebab nak tengok pameran sempena Persidangan Antarabangsa Dedahkan Peperangan – Jenayahkan Perang (Expose War Crimes Criminalise War). Pulak tu, arini merupakan hari terakhir pameran tu diadakan.

Pameran yang julung kali diadakan di sebuah negara Islam ni begitu mengujakan. Lebih-lebih lagi nak tunjukkan kepada masyarakat yang Bush serta sekutu dia serta Israel memang jahat gile. Masa beratur panjang mengunggu giliran, kitorang boleh dengar bermacam-macam bunyi dari dalam dewan pameran. Sebelum masuk, pengunjung akan melalui satu terowong yang penuh dengan tulisan dari penyembur cat mencaci Bush yang bangkai tu.

Pameran ni dibahagi beberapa zon. Dengan lighting yang suram, pengunjung akan tekun membaca fakta serta melihat replika-replika yang ada kat situ. Kalau mula-mula masuk, apa yang di sajikan adalah berkaitan dengan bom atom…. terdapat replika bom atam, fakta serta gambar dan replika manusia yg turut terjejas akibat kesan radiasi bom atom… lebih-lebih lagi mangsa Hiroshima dan Nagasaki. Camne wajah bayi yang baru lahir kesan daripada radiasi jugak turut dipamerkan.

Antara lain yang menarik perhatian adalah di zon yang menunjukkan askar Israel dengan angkuh membawa jentolak untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin walaupun dia melihat ada orang kat dalam rumah tersebut. Katanya, dia seronok tengok penduduk yang mati sebab ingin menyelamatkan rumah mereka.

Apa yang paling terkesan kat jiwa aku adalah di zon yang ada tangisan bayi. Bila aku dengar bunyi bayi tu, aku rasa tak sangup nak dengar… memang meruntun jiwa… bukan tangisan biasa tapi tangisan akibat kekejaman peperangan. Dah le ada banyak ‘mayat’ bergelimpangan kat situ. Sebenarnya, selain replika dan fakta-fakta beserta gambar yang ada, pameran ni siap pasang bunyi-bunyi berkaitan. Misalnya bunyi siren bom, bunyi budak menangis, bunyi lelaki meraung sebab kena dera dengan kerusi elektrik. Tapi suara lelaki meraung tu agak kuat jugak, tapi aku macam tak heran sangat… maybe sebab kat dalam filem-filem pun dah selalu tunjuk kes-kes seksaan camtu. Ada satu tu, kat sel penjara Abu Gharib, ada satu ‘tahanan’ yang didera dengan lagu dari kumpulan Boney M yang muziknya dipasang semaksimum mungkin supaya tahana tu terseksa mental dia. Aku pun tak sanggup nak masuk sel tu… memang kuat gile muzik yang diorang pasang.

Banyak lagi sebenarnya yang tak tercerita kat sini. Aku rasa satu kejayaan di atas pameran yang diorang buat ni. Suasana dalam tu memang buat setiap pengunjung yang keluar akan rasa bersyukur sebab berada di sebuah negara yang aman macam Malaysia ni.

Lepas PWTC, aku sempat ke Dataran Merdeka tengok le Tour De Langkawi. Snap gambar beberapa keping sebelum beredar ke Vista Angkasa untuk satu perkara yang perlu diselesaikan.

Jenayahkan perang

Le Tour De Langkawi

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Gravatar Comment by ikram_zidane
2007-02-18 15:06:17

pameran tu, pegi masuk tak sampai 10 saat pun bole roma dah naik.. effect hebat tol..

btw, aku pun gi tengok ltdl.. sebab dia lalu kat putrajaya gak..

 
Gravatar Comment by Wizurai
2007-02-19 10:28:18

pameran ni memang berkesan jugaklah…
masa aku pergi, depan aku adalah Mukhriz Mahathir… dia explain kat family dia pasal setiap yg ada kat situ… aku tumpang dengar la…

 
Gravatar Comment by kcc c0mey
2007-03-09 23:04:11

mcm best jer pameran tue tapi syg i xdpt g..huhuhu..rase satu kerugian yang besar jer..well h0pe kal0 u all ade inf0 psl pameran2 menarik cm tue pliz send email t0 me at jun_kcc@yahoo.com ;-)

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.