RSS Feed for This PostArtikel terkini

Google Apps untuk webmaster

Google Apps

Baru-baru ni aku telah bereksperimen dengan Google Apps, salah satu produk bermutu keluaran Google. Secara ringkasnya, Google Apps ni adalah aplikasi bagi membolehkan sesuatu organisasi atau komuniti sentiasa berhubung dan bekerja bersama dengan lebih efektif secara online.

Masih tak faham? Baik, aku cerita lebih sedikit apa ciri-ciri yg ada pada Google Apps ni. Di dalam aplikasi Google Apps di disediakan Gmail, Google Talk, Google Calendar, dan Google Docs untuk berhubung dan berkomunikasi.

Sebagai contoh, kau pengerusi Komuniti Kereta Sport Malaysia. Kau pun beli la satu domain “keretasport.com”. Ayuh, lepas dah memiliki domain tersebut, boleh terus daftar Google Apps. Sebab kau nak bagi ahli-ahli komuniti kau email percuma yg berakhir dengan @keretasport.com, kau boleh buat setup email berasaskan Gmail dan setiap ahli akan dapat email sendiri dengan akhiran @keretasport.com berkapasiti 2GB yg sama ciri-ciri dengan Gmail biasa. Best kan Gmail ni?

Google Apps

Seterusnya, AJK komuniti kau dari merata tempat nak buat meeting atau berkongsi dokumen untuk adakan gathering, guna saja Google Calendar dan Google Docs untuk berhubung. Mudah bukan?

Tapi, yg aku paling suka adalah kemudahan email yg diberikan sebab kau boleh create banyak email walaupun kau beli hosting berkapasiti kecil tanpa perlu menggunakan hosting kau sendiri untuk menampung email ahli-ahli yg ada. Google Apps sangat sesuai untuk yg ada komuniti seperti persatuan, syarikat, sekolah mahupun scukz.com. Huhuhu. Cubalah, mungkin korang akan lebih faham dari apa yg aku cuba sampaikan. Hohoho. Oh ya, kalau lepas korang cuba dan rasa ia best banget, jangan malu-malu hantar testimonial kat Google Apps… dapat jugak promote diri kau sendiri seperti mereka ni.

Trackback URL

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Gravatar Comment by od3n
2007-09-28 03:33:19

google kan batu (rock)!! xchange link bro..

 
Gravatar Comment by aman
2007-09-30 12:57:13

aku pun dah lama pakai servis nie tuk domain aku…masyuk gak.. :D

 
Gravatar Comment by KHAI
2007-12-22 10:50:42

tq tq… dah lama tahu tapi cam malas nak cuba.. tapi entree ni membuatkan khai betul2 nak cuba.. and now ngah working for it.. haha

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.